Tanah Felda Jadi Cagaran Pembiayaan: Apa Langkah FELDA Yang Seterusnya?

Tanah Felda Jadi Cagaran Pembiayaan: Apa Langkah FELDA Yang Seterusnya? - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tanah Felda Jadi Cagaran Pembiayaan: Apa Langkah FELDA Yang Seterusnya?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tanah Felda Jadi Cagaran Pembiayaan: Apa Langkah FELDA Yang Seterusnya?
link : Tanah Felda Jadi Cagaran Pembiayaan: Apa Langkah FELDA Yang Seterusnya?

Baca juga


Tanah Felda Jadi Cagaran Pembiayaan: Apa Langkah FELDA Yang Seterusnya?

Saya telah terangkan semalam bahawa kedudukan pemilikan tanah-tanah Felda di Jalan Semarak, Kuala Lumpur sebenarnya tidak ada sebarang perubahan selepas Tan Sri Shahrir Samad mengumumkan bahawa hakmilik tanah-tanah itu telah dikembalikan kepada Felda.
Ini adalah kerana tanah-tanah itu telah diserahkan kepada pemaju (sebuah syarikat bernama Synergy Promenade Sdn Bhd, SPSB) untuk dibangunkan menjadi pembangunan hartanah komersil yang dinamakan Kuala Lumpur Vertical City (KLVC). Ruang pejabat dan kediaman mewah di menara-menara KLVC ini akhirnya akan dijual kepada pembeli yang akan mendapat hakmilik strata.
Apabila hakmilik strata telah dikeluarkan kepada pembeli, hakmilik stratalah yang menjadi dokumen pemilikan dan hakmilik tanah yang sebelum ini didaftarkan atas nama Felda akan terbatal dengan sendiri.
Isu yang lebih besar ialah bagaimana sebuah syarikat pemaju yang tidak dikenali berjaya mendapatkan tanah-tanah ini dari Felda untuk dibangunkan.
Selalunya jika pun sebuah agensi kerajaan memutuskan untuk membangunkan sebidang tanah miliknya menjadi projek komersil bagi tujuan keuntungan, beberapa perkara berikut akan dijadikan panduan asas:
i. Syarikat pemaju yang dilantik itu adalah sebuah syarikat besar yang mempunyai modal besar
ii. Pembangunan komersil yang siap nanti akan tetap dimiliki oleh agensi kerajaan dan disewakan untuk menjana pulangan bagi membayar pembiayaan dan mendapat untung
iii. Jika modal disuntik sama oleh syarikat pemaju, hakmilik projek komersil itu dikongsi bersama melalui sebuah syarikat usaha sama (joint venture) yang sahamnya turut dimiliki oleh agensi kerajaan tadi
iv. Jika sebuah syarikat usaha sama ditubuhkan, agensi kerajaan itu akan menyuntik modal dalam bentuk lot tanah yang dimilikinya dan syarikat pemaju boleh menyuntik modal tunai untuk menjalankan pembangunan hartanah
Dalam kes pembangunan KLVC, tidak ada satu pun dari (i) hingga (iv) yang dilaksanakan. Bukan sahaja tidak ada sebuah syarikat usaha sama yang ditubuhkan, malah tidak ada tanda-tanda bahawa pemaju (SPSB) adalah sebuah syarikat yang mempunyai modal untuk menjalankan projek ini, apatah lagi membayar Felda bagi tanah-tanah yang diambil untuk


Demikianlah Artikel Tanah Felda Jadi Cagaran Pembiayaan: Apa Langkah FELDA Yang Seterusnya?

Sekianlah artikel Tanah Felda Jadi Cagaran Pembiayaan: Apa Langkah FELDA Yang Seterusnya? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tanah Felda Jadi Cagaran Pembiayaan: Apa Langkah FELDA Yang Seterusnya? dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2018/01/tanah-felda-jadi-cagaran-pembiayaan-apa.html
dibangunkan.
Maka, semakan pertama yang saya lakukan ialah untuk menentukan sama ada pemaju SPSB ini mempunyai dana dan aliran modal yang mencukupi untuk menjalankan projek ini.
Saya telah buat semakan menggunakan maklumat di dalam Penyata Kewangan SPSB yang diaudit bagi tahun 2015 yang baru sahaja difailkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 27 Oktober 2017 baru-baru ini.
01 - 24 - Felda SP 1
Syarikat Synergy Promenade Sdn Bhd (SPSB) ini dimiliki oleh dua individu yang masing-masing mempunyai saham sebanyak RM7.5 juta di dalam syarikat itu, seperti laporan di dalam Penyata Kewangan diaudit dan disahkan juga oleh penyata pemilikan saham yang difailkan di SSM:
01 - 24 - Felda SP 2
01 - 24 - Felda SP 3
Saya bentangkan di sini Penyata Kedudukan Kewangan (“Statement of Financial Position”) yang menunjukkan kedudukan aset, tunai dan hutang syarikat. Jika tanah-tanah itu telah dibeli atau dipindah hakmilik, atau dikuasai oleh syarikat pemaju, ia akan ditunjukkan di dalam Penyata Kedudukan Kewangan ini:
01 - 24 - Felda SP 4
Dengan berpandukan maklumat lanjutan yang diberikan di dalam nota-nota 5,6,7,8,9 dan 10 di dalam Penyata Kewangan diaudit, saya boleh menentukan aset-aset apa yang dimiliki oleh syarikat ini setakat 31 Disember 2015, seperti berikut:
i. Kereta mewah bernilai RM612,015 (atau RM489,612 selepas susut nilai tahunan) yang dibeli dalam tahun 2015. Aset lain adalah aset-aset bernilai rendah seperti komputer (RM9,128) dan peralatan pejabat (RM13,518).
01 - 24 - Felda SP 5
ii. Pelaburan di dalam Tabung Haji yang didaftarkan atas nama seorang pengarah (bermakna ini pelaburan peribadi pengarah yang menggunakan wang syarikat) sebanyak RM69,161,549 sebelum RM20,000,012 dikeluarkan. Baki akhir pada 31 Disember 2015 adalah RM49,161,537.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :