Umno perli, kritik PH namakan Dr Mahathir calon perdana menteri

Umno perli, kritik PH namakan Dr Mahathir calon perdana menteri - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Umno perli, kritik PH namakan Dr Mahathir calon perdana menteri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Umno perli, kritik PH namakan Dr Mahathir calon perdana menteri
link : Umno perli, kritik PH namakan Dr Mahathir calon perdana menteri

Baca juga


Umno perli, kritik PH namakan Dr Mahathir calon perdana menteri

Abdul Rahman Dahlan, Bung Moktar dan Salleh Keruak menyifatkan pengumuman itu sebagai tindakan terdesak dan akan memenangkan BN pada PRU14.
rahman-mahathir Pemimpin Umno hari ini mengkritik pengumuman Pakatan Harapan (PH) bahawa Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad dipilih sebagai calon perdana menteri, jika gabungan 4 parti pembangkang itu memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dalam nada menyindir mengucapkan “terima kasih” kepada PH atas pengumuman itu.
Beliau berkata, ini kerana ia lebih memudahkan Barisan Nasional (BN) untuk memenangi PRU14.
“Pengumuman Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri mereka adalah berita baik untuk BN. PH menunjukkan selama bertahun-tahun mengatakan tentang reformasi dan memberikan golongan muda peluang lebih kepada retorik semata-mata,” katanya menerusi kiriman Twitter.
Rahman yang juga merupakan ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, pengumuman itu juga merugikan PH terutamanya agenda reformasi mereka dan ia merupakan satu tragedi disebabkan oleh mereka sendiri.
“Perkara yang lucu adalah apabila PH mengumumkan Dr Mahathir sebagai perdana menteri dan pada masa yang sama mengumumkan cadangan pembaharuan dalam agenda mereka.
“Kebenarannnya adalah Dr Mahathir tidak akan melaksanakan reformasi itu. Dia telah terbukti sebagai pakar muslihat dan pembaharuan yang tidak boleh pakai,” katanya.
Hari ini, PH turut mengumumkan 13 janji perubahan untuk Malaysia yang lebih sejahtera dan adil, yang akan terkandung dalam manifestonya untuk PRU14.


Demikianlah Artikel Umno perli, kritik PH namakan Dr Mahathir calon perdana menteri

Sekianlah artikel Umno perli, kritik PH namakan Dr Mahathir calon perdana menteri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Umno perli, kritik PH namakan Dr Mahathir calon perdana menteri dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2018/01/umno-perli-kritik-ph-namakan-dr.html
style="float: left; margin: 8px 8px 8px 0px;">
Antara janji dan perubahan itu termasuklah membentuk sebuah kabinet berwibawa dan menjadikan parlimen serta pelbagai institusi negara – polis, mahkamah, tentera, badan anti rasuah dan suruhanjaya pilihan raya – bebas daripada pengaruh politik dan menghormati prinsip keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.
Datuk Seri Salleh Said Keruak pula menyifatkan, 13 reformasi itu sebagai “amat membingungkan” kerana pengisytiharan sama juga dibuat 20 tahun yang lalu.
Menteri Komunikasi dan Multimedia itu menerusi blognya berkata, 13 reformasi utama pada 20 tahun lalu juga adalah sebab yang diberikan oleh pembangkang untuk menyingkirkan Dr Mahathir.
“(Mereka beritahu rakyat), kita perlu menyingkirkan Dr Mahathir supaya reformasi ini dapat dilaksanakan dan selagi Dr Mahathir kekal sebagai perdana menteri, Malaysia tidak akan melihat kepada pembaharuan.
“Hari ini, mereka bagi tahu kita Dr Mahathir mengetuai agenda reformasi,” katanya.
Seorang lagi Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Bung Moktar Radin pula menyifatkan tindakan PH menamakan Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri disebabkan tiada pilihan dan tindakan terdesak untuk menarik sokongan rakyat.
Bung berkata, beliau telah menjangka Dr Mahathir akan dilantik menjadi calon perdana menteri.
“Saya sudah menjangka perkara seumpama ini, ada beberapa faktor mendorong PH utk menamakan Dr Mahathir. Pertama mereka begitu terdesak untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan BN, dan pada pandangan mereka Dr Mahathir sahaja yang boleh berbuat demikian.
“Kedua PH tidak ada pilihan kerana mereka yakin sekiranya menamakan perdana menteri dengan orang lain, mereka tidak akan mendapat sokongan rakyat,” katanya.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :