Judul : 3 bulan untuk Felda siasat penipuan tanah Jalan Semarak..!!
link : 3 bulan untuk Felda siasat penipuan tanah Jalan Semarak..!!
3 bulan untuk Felda siasat penipuan tanah Jalan Semarak..!!
“Laporan forensik audit menunjukkan berlakunya penipuan,” kata Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abdul Samad.
Jawatankuasa itu ditubuhkan selepas persetujuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menubuhkan Jawatankuasa “Domestic Enquiry” bagi mengambil tindakan ke atas cadangan dan syor dalam laporan audit forensik projek KLVC.
Jabatan Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata laporan audit forensik yang dijalankan terhadap projek KLVC menunjukkan terdapatnya ketidakpatuhan prosedur perolehan dan kecuaian dalam menjaga kepentingan Felda.
“Jawatankuasa Siasatan Lembaga Felda ini akan dianggotai Ahli Lembaga Felda dan dipengerusikan Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Dr Ahmad Kushairi Din.
Jawatankuasa ini juga dibantu oleh sebuah firma undang-undang yang akan dilantik oleh Felda untuk melakukan semakan perundangan berdasarkan laporan audit forensik yang telah disiapkan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Felda di sini malam tadi.
Beliau turut menetapkan tempoh 3 bulan bermula serta merta untuk jawatankuasa berkenaan menyiapkan siasatan atau semakan perundangan tersebut sebelum menyerahkan laporan lengkap kepada Lembaga
Demikianlah Artikel 3 bulan untuk Felda siasat penipuan tanah Jalan Semarak..!!
Sekianlah artikel 3 bulan untuk Felda siasat penipuan tanah Jalan Semarak..!! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel 3 bulan untuk Felda siasat penipuan tanah Jalan Semarak..!! dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2018/02/3-bulan-untuk-felda-siasat-penipuan.html
Felda.
“Selepas itu barulah tindakan akan diambil ke atas pegawai-pegawai Felda dan juga FIC (Felda Investment Corporation Sdn Bhd), ” katanya.
Tugas jawatankuasa siasatan itu merangkumi pengurusan Felda dan FIC. Kita lihat sejauh mana ahli Lembaga Felda dan FIC (pada tahun 2014) terbabit dan boleh diambil tindakan undang-undang,” katanya.
Shahrir bagaimanapun tidak menyatakan secara khusus nama ahli lembaga yang terlibat dan hanya berkata: “Bila kita kata (ahli) lembaga Felda dan FIC, termasuklah sekali dengan pengerusi.”
Ditanya tindakan yang boleh diambil ke atas pegawai Felda dan FIC, Shahrir berkata mereka yang terlibat boleh dikenakan tindakan pemecatan dan potongan gaji.
“Bagi yang tidak lagi berkhidmat dengan Felda atau FIC, tindakan sivil boleh diambil ke atas mereka,” katanya.
JPM dalam kenyataan berkata telah diarahkan mengambil tindakan tatatertib dan tindakan undang-undang terhadap mereka yang cuai dalam menjaga kepentingan agensi kerajaan itu dan sayap pelaburannya, FIC.
KLVC adalah projek yang sedang dibangunkan Synergy Promenade Sdn Bhd (SPSB) di kawasan tanah milik Felda, di Jalan Semarak. di sini.
Menurut kenyataan itu lagi, pasukan firma audit yang dilantik melakukan audit forensik terhadap projek berkenaan telah menyerahkan laporan akhir kepada JPM pada 2 Feb lepas.
JPM pula membentangkan laporan itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, selaku menteri bertanggungjawab ke atas Felda, pada 5 Feb.
Ditanya mengenai dakwaan Naib Presiden PKR Mohd Rafizi Ramli bahawa tanah Felda di Jalan Semarak masih milik pemaju, Shahrir berkata ketika ini tanah-tanah berkenaan masih di bawah kaveat pendaftar.
Read More / Baca Lagi >>