PUTRAJAYA - Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menolak kemungkinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengisytiharkan darurat bagi menghalang PRU14 daripada berlangsung pada tahun ini.
Menurut Mahathir, pengisytiharan darurat itu juga berkemungkinan boleh dilakukan selepas PRU14 sekiranya undi rakyat tidak memihak kepada kerajaan BN di bawah pimpinan Najib.
Suasana pilihan raya "Dia mungkin buat macam itu dengan alasan berlaku kacau-bilau di dalam negara bagi menggelakkan berlangsungnya PRU14 nanti dan kemudiannya negara ini akan diperintah seperti di bawah Majlis Gerakan Negara (Mageran)," katanya ketika program Bicara Pimpinan Anak Muda Bersama Tun M yang berlangsung di Yayasan Kepimpinan Perdana, sebentar tadi.