'Disebat Macam Nak Mati, 2 Minggu Tak Dapat Buang Air Besar' - Ameng

'Disebat Macam Nak Mati, 2 Minggu Tak Dapat Buang Air Besar' - Ameng - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 'Disebat Macam Nak Mati, 2 Minggu Tak Dapat Buang Air Besar' - Ameng, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Baru, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel kejahatan, Artikel kriminal, Artikel Politik, Artikel sexual, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'Disebat Macam Nak Mati, 2 Minggu Tak Dapat Buang Air Besar' - Ameng
link : 'Disebat Macam Nak Mati, 2 Minggu Tak Dapat Buang Air Besar' - Ameng

Baca juga


'Disebat Macam Nak Mati, 2 Minggu Tak Dapat Buang Air Besar' - Ameng

Hukuman penjara lima tahun memberi pengajaran yang mendalam buat Ameng, vokalis kumpulan Spring gara-gara terjebak dengan najis dadah.

Bagi Ameng, nama popular Wan Aminuddin Wan Ismail, detik hitam yang tidak dapat dilupakannya apabila disebat 10 rotan yang dijalankan serentak ketika di Penjara Kluang.

“Apa yang paling tidak boleh dilupakan apabila saya menerima hukuman sebatan 10 rotan yang dijalankan secara serentak.

“Kesakitan yang ditanggung tidak dapat dibayangkan dan terasa seperti hendak mati,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian.

“Saya tidak boleh baring, memakai seluar dan buang air besar hampir lebih dua minggu kerana terlalu sakit dan perit.


Demikianlah Artikel 'Disebat Macam Nak Mati, 2 Minggu Tak Dapat Buang Air Besar' - Ameng

Sekianlah artikel 'Disebat Macam Nak Mati, 2 Minggu Tak Dapat Buang Air Besar' - Ameng kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 'Disebat Macam Nak Mati, 2 Minggu Tak Dapat Buang Air Besar' - Ameng dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2018/02/disebat-macam-nak-mati-2-minggu-tak.html
Malah, saya hanya sembuh selepas sebulan.”

Penyanyi “Bourgenvilla” berkata tahun pertama berada di penjara amat memeritkan kerana sukar menerima kenyataan dipenjarakan.

Masa di penjara banyak dihabiskan dengan menangis mengenangkan tempoh hukuman yang masih panjang, tambahnya.

“Setahun lebih saya mengalami kemurungan dan tidak berdaya tersenyum. Saya menangis setiap masa, masa mandi menangis, makan menangis, sembahyang menangis, hendak tidur pun menangis.

“Saya berasa sangat kosong dan tidak berguna. Saya rasa seperti jiwa badan ini mati ketika berada dalam sel penjara,” beliau dilaporkan berkata.

Ameng, 48, berkata bagi mengelak mengulangi kesalahan sama, persembahan nyanyiannya selepas ini akan turut dihadiri keluarga.

Katanya, walaupun sudah banyak menerima undangan persembahan, namun keutamaan diberikan pada hujung minggu dan cuti sekolah.

“Saya akan utamakan keluarga dan terima tawaran persembahan jika ia diadakan pada hujung minggu dan cuti sekolah.

“Jika ada persembahan, saya turut akan membawa keluarga selepas ini bagi mengelak berlaku perkara yang tidak diingini lagi dalam hidup saya.

“Saya juga akan menolak jika tawaran persembahan dilakukan di tempat seperti kelab malam atau menjual arak,” katanya.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :