INDEKS RASUAH AKAN TERUS JATUH SELAGI NAJIB TIDAK DIJATUHKAN

INDEKS RASUAH AKAN TERUS JATUH SELAGI NAJIB TIDAK DIJATUHKAN - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul INDEKS RASUAH AKAN TERUS JATUH SELAGI NAJIB TIDAK DIJATUHKAN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : INDEKS RASUAH AKAN TERUS JATUH SELAGI NAJIB TIDAK DIJATUHKAN
link : INDEKS RASUAH AKAN TERUS JATUH SELAGI NAJIB TIDAK DIJATUHKAN

Baca juga


INDEKS RASUAH AKAN TERUS JATUH SELAGI NAJIB TIDAK DIJATUHKAN



Demikianlah Artikel INDEKS RASUAH AKAN TERUS JATUH SELAGI NAJIB TIDAK DIJATUHKAN

Sekianlah artikel INDEKS RASUAH AKAN TERUS JATUH SELAGI NAJIB TIDAK DIJATUHKAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel INDEKS RASUAH AKAN TERUS JATUH SELAGI NAJIB TIDAK DIJATUHKAN dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2018/02/indeks-rasuah-akan-terus-jatuh-selagi.html
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dzulkifli Ahmad dilaporkan terkejut dengan kedudukan indeks rasuah negara yang terus menurun berbanding tahun lalu.

Kata beliau, berdasarkan tindakan agresif dan tangkapan yang dibuat oleh SPRM pada tahun lalu, indeks itu sepatutnya menjadi lebih baik.

Sebab itu saya agak terkejut kerana ia nampak tidak selaras dengan realiti, kata Dzulkilfi yang turut diselubungi kes siasatan polis berhubung dakwaan mempunyai hubungan sulit dengan seorang wanita yang dipercayai masih berstatus isteri orang.
Bagaimanapun, Dzulkifli dilaporkan sudah bernikah dengan wanita berkenaan pada penghujung Januari lalu di sebuah lokasi rahsia di Kelantan.

Senarai terbaru yang dikeluarkan oleh Transparency International menyaksikan indeks rasuah Malaysia pada 2017 berada di kedudukan 62 dengan 47 mata, menurun 7 mata berbanding tahun 2016.

Pada tahun 2016, kedudukan indeks rasuah Malaysia berada pada nombor 55 dengan 49 mata.

Ehh..ehh...ehh...terkejut pulak ya?
Apabila Dzulkifli terkejut, rakyat sebenarnya turut terkejut bagaimana beliau boleh terkejut dengan perkara itu.

Bukankah beliau sepatutnya tahu kenapa indeks rasuah negara terus menurun?

Memang benar ada tangkapan, serbuan dan macam-macam tindakan, tetapi mana hasilnya?

Sudah berada ramai daripada yang ditangkap itu dibawa ke muka pengadilan dan dijatuhi hukuman?
Bagaimana dengan skandal-skandal besar seperti 1MDB, derma RM2,600 juta dan Felda  yang masih tidak selesai yang mana menurut Pengerusi Tranparency International Malaysia, Akhbar Satar adalah punca utama penurunan indeks tersebut.

Sehingga skandal itu tidak diselesaikan, kedudukan Malaysia akan terus jatuh untuk tempoh beberapa tahun lagi, kata Akhbar.

Apakah Dzulkifli dan SPRM tidak sedar mengenai punca penurunan indeks itu, lalu buat-buat terkejut dengannya?

Janganlah terkejut bro...

1MDB ditubuhkan dan dikawal oleh Najib, malah nama beliau terkait sama dengan  skandal kehilangan wang hampir RM20,000 juta  yang didalangi oleh Jho Low, derma RM2,600 juta pula secara langsung melibatkan dirinya, manakala Felda adalah di bawah seliaan Perdana Menteri sendiri.

Maknanya, sebahagian besar daripada punca penurunan indeks itu adalah batang tubuh Najib yang sedang menduduki Seri Perdana sekarang ini.
Selagi tiada tindakan terhadap skandal yang tidak selesai itu oleh SPRM atau selagi Najib tidak dijatuhkan, tidak sukar menjangka bahawa indeks rasuah negara akan terus jatuh, jatuh dan jatuh lagi pada masa depan.

Masalahnya, beranikah SPRM bertindak terhadap skandal yang tidak selesai itu sedangkan Dzulkifli sendiri ada kes skandal yang belum selesai?

Atau Najib dan Dzulkifli sama-sama tidak diperlukan lagi jika kita inginkan masa depan yang lebih baik untuk negara?

Subscribe to receive free email updates: