Judul : Masalah saya belum selesai, akui Najib
link : Masalah saya belum selesai, akui Najib
Masalah saya belum selesai, akui Najib
Demikianlah Artikel Masalah saya belum selesai, akui Najib
Sekianlah artikel Masalah saya belum selesai, akui Najib kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Masalah saya belum selesai, akui Najib dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2018/02/masalah-saya-belum-selesai-akui-najib.html
Berucap di depan ribuan graduan yang sedang mencari kerja, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak mengakui ‘masalah’ beliau sendiri masih belum selesai.
Memanggil graduan yang menghadiri Program Temuduga Terbuka Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) 2018 Peringkat Zon Tengah di Selangor pagi tadi sebagai “adik-adik”, Najib bertanyakan pula bila masalahnya itu akan selesai.
“Jadi adik-adik sekalian, nampaknya kita sudah selesaikan masalah adik-adik sekalian.
“Masalah saya belum selesai lagi. Adik-adik, bila masalah saya boleh selesai? Boleh ke tidak?,” soal Najib dengan reaksi gembira dipetik daripada rakaman yang dimuat naik di Facebook beliau.
Serentak itu, rata-rata calon program SL1M di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) memberi tepukan gemuruh dan dlihat turut gembira walaupun Najib tidak pula menjelaskan maksud sebenar ‘masalah’ yang dihadapinya itu.
Rakaman selanjutnya menyaksikan Presiden Umno itu mengumumkan kadar elaun SL1M dinaikkan daripada RM1,500 kepada RM2,000 sebulan.
SL1M dimulakan pada 2011 bagi membantu graduan menganggur meningkatkan kemahiran dan mendapatkan pekerjaan dengan menempatkan mereka terbabit mengikuti latihan di syarikat yang mengambil bahagian.
Sebanyak RM40 juta peruntukan diluluskan kerajaan bagi tahun 2018 untuk melaksanakan program yang diselia oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) itu.
Sejak Februari tahun lalu, siri jelajah SL1M berlangsung di Kuala Lumpur, Pahang, Sarawak, Kedah, Melaka, Perak dan Sabah.
Terdahulu dalam ucapannya, Najib memberitahu seramai 140,00 graduan telah mendapat peluang mengikuti SL1M manakala 15,000 graduan lagi hari ini akan ditawarkan peluang pekerjaan.
Menteri Kewangan itu menyifatkan dasar-dasar kerajaan sebagai anak kunci untuk mana-mana individu termasuk jutawan memperoleh kejayaan.
“Hari ini kita lihat anak muda datang dengan penuh harapan bahawa akan berlaku sesuatu dalam majlis ini yang mungkin mengubah masa depan mereka, mendapat anak kunci yang membuka pintu kepada kehidupannya.
“Anak kunci itulah yang diharap dapat dibuka melalui SL1M ini. Siapa beri anak kunci?
“Robert Kuok mendapat monopoli beras dan gula satu masa dulu. Ya, dia rajin dan tekun. Tappi tak cukup. Mana-mana individu memerklukan anak kunci itu.
“Anak kunci itu diharap dasar-dasar kerajaan untuk membuka ruang dan mencipta peluang,” kata Najib lagi.
Untuk rekod, syarikat yang terlibat dengan pelaksanaan SL1M akan mendapat insentif potongan cukai berganda atau Skim HRDF-SL1M.