Najib nak bayar hutang 1MDB dengan wang apa, soal Dr Mahathir..?

Najib nak bayar hutang 1MDB dengan wang apa, soal Dr Mahathir..? - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Najib nak bayar hutang 1MDB dengan wang apa, soal Dr Mahathir..?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Najib nak bayar hutang 1MDB dengan wang apa, soal Dr Mahathir..?
link : Najib nak bayar hutang 1MDB dengan wang apa, soal Dr Mahathir..?

Baca juga


Najib nak bayar hutang 1MDB dengan wang apa, soal Dr Mahathir..?



Demikianlah Artikel Najib nak bayar hutang 1MDB dengan wang apa, soal Dr Mahathir..?

Sekianlah artikel Najib nak bayar hutang 1MDB dengan wang apa, soal Dr Mahathir..? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Najib nak bayar hutang 1MDB dengan wang apa, soal Dr Mahathir..? dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2018/02/najib-nak-bayar-hutang-1mdb-dengan-wang.html
KUANTAN: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan bagaimana kerajaan mahu membayar hutang 1MDB, jika tiada wang.
“Selepas bayar (nak tutup 1MDB)? Macam mana nak bayar? Beritahu kepada kita daripada mana punca (wang). Kerajaan tidak ada duit,” katanya pada sidang media di Kuantan, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Pengerusi 1MDB, Tan Sri Mohd Irwan Siregar Abdullah yang syarikat pelaburan strategik itu akan ditutup selepas semua hutang dilangsaikan.
Irwan yakin dana milik kerajaan itu mampu melangsaikan segala hutang melalui pelan rasionalisasinya.
“Kita boleh bayar menerusi ‘monetisation’ aset-aset yang ada, dalam TRX City ada Bangunan Exchange 106 yang merupakan bangunan tertinggi di Malaysia dan penghuni-penghuni akan membayar sewa.
“Melalui wang ini kita akan membayar hutang…hasil diperoleh bukan membabitkan sehari dua, sebaliknya akan memakan masa lebih 10 tahun untuk menjana pendapatan daripada pembangunan jangka panjang terbabit. Sebaik saja habis hutang, tidak perlu lagi wujud 1MDB,” katanya semalam.
Pada 31 Disember lepas, 1MDB dilaporkan selesai membuat semua pembayaran kepada dana kerajaan Abu Dhabi, International Petroleum Investment Co (IPIC) dalam satu urus janji menyelesaikan pertikaian hutang RM4.9 bilion.
Media melaporkan wang untuk pembayaran itu diperolehi hasil program rasionalisasi yang antara lain membabitkan pertukaran hutang dengan aset yang dipersetujui IPIC, penjualan Edra Global Energy Bhd kepada China General Nuclear Power Corp untuk RM9.83 bilion, pembangunan tanah Tun Razak Exchange dan pelupusan aset bukan teras.
Pada Julai 2017, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata isu 1MDB ini sengaja diperbesarkan pembangkang dalam usaha menjatuhkan kerajaan.
Dalam perkembangan lain, Dr Mahathir berkata, pengagihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pahang antara 4 parti komponen gabungan pembangkang itu hampir selesai.
Katanya, tinggal 1 atau 2 kerusi yang akan dimuktamadkan secepat mungkin.
Beliau turut mengakui pembahagian kerusi DUN di Selangor belum selesai dan memerlukan sedikit masa.
“Kita akan selesaikannya sebelum pilihan raya umum,” katanya.

Subscribe to receive free email updates: