Aminuddin Harun
SEREMBAN - “Jangan mimpi boleh menang di Parlimen Seremban dan Telok Kemang,” itu tegas Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Sembilan, Aminuddin Harun.
Secara realitinya, kata beliau, bukan mudah untuk BN merampas kedua-dua kerusi terbabit yang disifatkan sebagai kubu kuat DAP dan PKR.
“Kita sudah bertapak dua penggal di Parlimen Seremban dan Telok Kemang. Jadi semestinya kita akan terus pertahankannya.
“Lebih menarik, majoriti undi kita dapat bagi Parlimen Seremban pada PRU13 meningkat berbanding PRU12,” katanya yang merupakan Pengerusi PKR negeri.
Demikian respons beliau terhadap