PRU14: ‘Penyakit’ politik kaum perlu dirawat

PRU14: ‘Penyakit’ politik kaum perlu dirawat - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PRU14: ‘Penyakit’ politik kaum perlu dirawat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PRU14: ‘Penyakit’ politik kaum perlu dirawat
link : PRU14: ‘Penyakit’ politik kaum perlu dirawat

Baca juga


PRU14: ‘Penyakit’ politik kaum perlu dirawat

Seorang doktor menyifatkan isu politik yang memecahbelahkan Malaysia sebagai kanser dan penukaran ahli politik hanya mampu mengubati simptomnya, bukan penyakit itu.
malaysian-racists-1
Seorang doktor dari Pulau Pinang berkongsi pendapat dengan menyifatkan “politik perkauman” sebagai “penyakit” dihidapi rakyat Malaysia, lapor akhbar South China Morning Post (SCMP).
Dr Prashanth berkata, bukan rakyat yang menimbulkan masalah berkaitan keadaan hubungan rakyat berbilang kaum di negara ini.
“Ini masalahnya. Bukan rakyat, tetapi sistem. Apabila kita menyingkirkan mana-mana ahli politik, kita hanya merawat simptom tersebut. Kita tidak sampai ke punca masalah itu, penyakit sebenar,” kata doktor berusia 33 tahun itu.
Dalam artikel yang ditulis pengarang Malaysia, Karim Raslan, doktor itu berkata cara merawat “penyakit” itu ialah menerusi komunikasi.
“Kunci utama mengatasi perbezaan kami ialah bahasa. Saya boleh berbahasa Inggeris, Melayu, Hokkien, Mandarin, Tamil dan saya juga belajar bahasa Rusia semasa melanjutkan pengajian. Kita harus berusaha berkomunikasi antara satu sama lain.
“Sama seperti badan kita. Sel-sel harus berhubung antara satu sama lain untuk berfungsi. Apabila isyarat antara sel rosak, masalah akan timbul,” kata Dr Prashanth yang dipetik SCMP.
“Contohnya kanser. Kanser berlaku apabila sel dalam badan kita mengalami pertumbuhan tidak terkawal, bukannya mati seperti sel biasa. Isu politik yang memecahbelahkan negara kita hari ini sama seperti kanser yang dihidapi negara.”
Anak jati Pulau Pinang yang bekerja di sebuah hospital di negeri itu, juga mengulas pembangunan pesat di pulau berkenaan.
“Ia terlampau dibangunkan. Ya, ekonomi dirangsang tetapi ia bergetak terlalu pantas tanpa rundingan sewajarnya.
“Apabila bersenam, anda membina otot. Ia baik untuk anda, menguatkan badan. Tetapi terlalu banyak bersenam akan membawa masalah kepada


Demikianlah Artikel PRU14: ‘Penyakit’ politik kaum perlu dirawat

Sekianlah artikel PRU14: ‘Penyakit’ politik kaum perlu dirawat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PRU14: ‘Penyakit’ politik kaum perlu dirawat dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2018/02/pru14-penyakit-politik-kaum-perlu.html
badan. Semuanya ada risiko,” katanya dipetik SCMP.
Membesar sebagai rakyat Malaysia
Berbalik kepada isu kaum, Dr Prashanth menaruh harapan generasi akan datang membesar sebagai “rakyat Malaysia didahulukan”.
“Kini, saya ada anak perempuan, saya fikirkan masa depannya. Saya tidak mahu dia membesar sebagai orang India. Saya mahu dia membesar sebagai rakyat Malaysia.”
Katanya, lebih mudah untuk beliau yang bekerja sebagai doktor melihat gambaran lebih besar kerana beliau menganggap semua yang datang sebagai pesakitnya, tidak lebih daripada itu.
“Saya mahu berkhidmat kepada rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, kepercayaan atau taraf kedudukan. Jika kita boleh melupakan politik perkauman, Malaysia akan menjadi negara lebih aman.”
Prashanth mengeluh keadaan orang India di negara ini dan sebahagiannya salah masyarakat itu sendiri.
“Orang India lebih berpecah belah. Sehingga hari ini, ia penting bagi kebanyakan mereka sama ada anda golongan Brahmin atau Shudra, Tamil atau Punjabi, Sri Lanka atau orang India ‘asli’.
“Isteri saya seorang Punjabi beragama Hindu. Bagi sesetengah orang India di Malaysia, secara praktikal ia adalah perkahwinan ‘antara kaum’,” katanya yang mempersoalkan kesan perpecahan itu ke atas masyarakat India.
“Ia tidak ke mana pun. Orang India pernah bekerja sebagai kerani dan setiausaha dalam perkhidmatan awam. Kini, ia jarang berlaku.
“Negara ini menjadi kaya kerana getah yang diusahakan buruh India. Tetapi, selepas lebih 60 tahun, orang India biasa masih bergelut dengan kehidupan mereka.”
Penentu PRU14
Karim menerusi kesimpulan terhadap isu undi India pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) dalam artikel SCMP itu, menyatakan bagaimana isu dihadapi masyarakat itu akan dibangkitkan semula dengan janji daripada parti pemerintah dan pembangkang.
“Masyarakat India yang hidup di serata tempat di Malaysia mempunyai kuasa untuk sekali lagi menjadi penentu di kerusi bersaing sengit.
“Tetapi, adakah keadaan masyarakat itu akan bertambah baik? Komuniti itu melihat beberapa ‘penyelamat’ melepasi mereka, seperti MIC yang menjadi sebahagian parti pemerintah, aktivis Hindraf dan kini gabungan pembangkang, Pakatan Harapan.
“Setiap pilihan raya menyaksikan janji sama diberikan, tetapi hanya sedikit yang dikotakan,” lapor SCMP.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :