PRU14: PPBM akur, serah kerusi Parlimen Kota Bharu kepada Amanah

PRU14: PPBM akur, serah kerusi Parlimen Kota Bharu kepada Amanah - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PRU14: PPBM akur, serah kerusi Parlimen Kota Bharu kepada Amanah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PRU14: PPBM akur, serah kerusi Parlimen Kota Bharu kepada Amanah
link : PRU14: PPBM akur, serah kerusi Parlimen Kota Bharu kepada Amanah

Baca juga


PRU14: PPBM akur, serah kerusi Parlimen Kota Bharu kepada Amanah

Naib Presiden PPBM, Abdul Rashid Abdul Rahman, berkata sebenarnya sokongan rakyat kepada parti itu lebih kuat daripada Amanah di Kota Bharu, tetapi mereka akur demi mengelakkan perpecahan dalam gabungan pembangkang itu.
bersatu2
Abdul Rashid Abdul Rahman (dua dari kiri) berkata, beliau tidak tahu mengenai sidang media yang diadakan Naib Ketua PPBM Bahagian Kota Bharu, Mohd Nor Hashim Che Min semalam dan mendakwa mereka mempunyai agenda lain.
PETALING JAYA: PPBM memberi kerusi Parlimen Kota Bharu di Kelantan kepada Amanah atas semangat Pakatan Harapan dan demi menghormati keputusan pucuk pimpinan gabungan 4 parti pembangkang itu.
Naib Presiden PPBM, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, berkata sebenarnya sokongan rakyat kepada parti itu lebih kuat daripada Amanah di Kota Bharu, tetapi mereka akur demi mengelakkan perpecahan dalam gabungan pembangkang itu.
“Di Kota Bharu ini ada orang fikir mereka lebih hebat, jadi saya serahkan. Amanah nak bertanding di Kota Bharu silakan, saya sambut dan saya akan sokong.
“Di Kota Bharu ini, Amanah rasa mereka kuat…kita sebenarnya yang terkuat. Mungkin betul


Demikianlah Artikel PRU14: PPBM akur, serah kerusi Parlimen Kota Bharu kepada Amanah

Sekianlah artikel PRU14: PPBM akur, serah kerusi Parlimen Kota Bharu kepada Amanah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PRU14: PPBM akur, serah kerusi Parlimen Kota Bharu kepada Amanah dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2018/02/pru14-ppbm-akur-serah-kerusi-parlimen.html
mereka kuat, saya tidak tahu, tapi saya popular juga.
“Saya sebagai ketua, saya tidak mahu perpecahan. Saya kata kalau nak, ambillah kerusi ini, kita nak berbaik sesama kita sebagai tanda kita bersatu,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PPBM hari ini.
Pakatan Harapan sebelum ini memperuntukkan 7 kerusi Parlimen di Kelantan kepada PPBM, Amanah (5) dan 2 bagi PKR, iaitu Tanah Merah serta Pasir Mas.
Lima kerusi Parlimen yang diperolehi Amanah ialah Kota Bharu, Kubang Kerian, Pengkalan Chepa, Rantau Panjang dan Kuala Krai, manakala kerusi Parlimen untuk PPBM adalah Pasir Puteh, Bachok, Jeli, Gua Musang, Ketereh, Machang serta Tumpat.
Bagaimanapun, Naib Ketua PPBM Bahagian Kota Bharu, Mohd Nor Hashim Che Min mengadakan sidang media semalam bagi menyuarakan pihaknya hilang kepercayaan kepada PPBM dan Pakatan Harapan, khasnya dalam isu pembahagian kerusi.
Katanya, PPBM tiada masa depan dan tidak akan menang pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) kerana berdepan bermacam masalah.
Sementara itu, Rashid berkata, isu pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kelantan belum dimuktamadkan dan rundingan masih berjalan.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :