PRU14: Sempadan baru SPR bakal lulus di parlimen....

PRU14: Sempadan baru SPR bakal lulus di parlimen.... - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PRU14: Sempadan baru SPR bakal lulus di parlimen...., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PRU14: Sempadan baru SPR bakal lulus di parlimen....
link : PRU14: Sempadan baru SPR bakal lulus di parlimen....

Baca juga


PRU14: Sempadan baru SPR bakal lulus di parlimen....



Demikianlah Artikel PRU14: Sempadan baru SPR bakal lulus di parlimen....

Sekianlah artikel PRU14: Sempadan baru SPR bakal lulus di parlimen.... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PRU14: Sempadan baru SPR bakal lulus di parlimen.... dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2018/02/pru14-sempadan-baru-spr-bakal-lulus-di.html
Laluan untuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meneruskan rancangan persempadanan semula kawasan pilihan raya kini terbentang luas ekoran kejayaan badan itu mengetepikan semua saman yang dikemukakan terhadap mereka.
"Kejayaan SPR di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan setakat ini ialah 100 peratus," kata peguam yang mewakili kerajaan Selangor, Lim Wei Jiet.
Sesi kedua pendengaran setempat SPR untuk Selangor dijadual diadakan pada minggu depan. Pelaksanaan persempadanan semula untuk negeri itu sudah tertangguh kesan daripada pelbagai kes yang dirujuk ke mahkamah oleh kerajaan negeri.
Pendengaran tempatan diadakan oleh SPR bagi mendengar hujah wakil pengundi berhubung cadangan sesuatu persempadanan baru.
Menurut Lim apabila pelaksanaan persempadanan semula untuk Selangor selesai, SPR akan mempertimbangkan semua pandangan yang diterima dan menyediakan laporan untuk diserahkan kepada perdana menteri.

Kemudian katanya kerajaan akan membentangkan usul persempadanan baru itu untuk mendapat kelulusan semasa persidangan parlimen yang bermula pada 5 Mac ini.
"Perdana menteri akan mengemukakan laporan SPR itu bersama perintah draf - dengan atau tanpa pengubahsuaian - kepada cadangan SPR. Ia kemudian akan diundi," katanya.
Untuk membolehkan usul berkenaan diluluskan, menurut Lim, apa yang diperlukan kerajaan cuma sokongan daripada majoriti mudah anggota Dewan Rakyat. "Jika gagal mendapat majoriti mudah atau jika ia ditarik balik, perdana menteri - selepas berunding dengan SPR dan membuat pindaan kepadanya - usul itu akan dibentangkan untuk diundi semula," katanya.
Dengan memiliki 133 wakil di Dewan Rakyat, BN boleh memastikan usul berkenaan diluluskan sebelum ia dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong.
Pakatan Harapan sebelum ini mempertikaikan cadangan dibuat SPR itu dengan mendakwa ia dilaksanakan untuk memberi kelebihan kepada BN.
Pada Isnin lalu Mahkamah Persekutuan enggan memberikan kebenaran kepada permohonan tujuh penduduk di Melaka serta dua anggota parlimen dari Perak untuk mencabar persempadanan semula SPR itu.
Ketua Hakim Negara Tun Mohd Raus Sharif berkata, terserah kepada parlimen untuk membuat keputusan ke atas laporan persempadanan semula diserahkan SPR.
Mahkamah Rayuan turut menolak rayuan kerajaan Pulau Pinang yang memohon semakan perundangan bagi mencabar persempadanan semula itu.

Subscribe to receive free email updates: