Rakyat Johor mahu tahu status siasatan siri rasuah hartanah

Rakyat Johor mahu tahu status siasatan siri rasuah hartanah - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rakyat Johor mahu tahu status siasatan siri rasuah hartanah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rakyat Johor mahu tahu status siasatan siri rasuah hartanah
link : Rakyat Johor mahu tahu status siasatan siri rasuah hartanah

Baca juga


Rakyat Johor mahu tahu status siasatan siri rasuah hartanah



Demikianlah Artikel Rakyat Johor mahu tahu status siasatan siri rasuah hartanah

Sekianlah artikel Rakyat Johor mahu tahu status siasatan siri rasuah hartanah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rakyat Johor mahu tahu status siasatan siri rasuah hartanah dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2018/02/rakyat-johor-mahu-tahu-status-siasatan.html
Dzulkefly Ahmad
AMANAH Johor mendesak Menteri Besar, Datuk Mohamed Khaled Nordin menjelaskan perkembangan siasatan beberapa kes rasuah hartanah yang menggemparkan negara sejak tahun lalu.
Timbalan Pengerusi AMANAH Johor, Dzulkefly Ahmad berkata, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri berkenaan tidak harus senang hati dan terus berdiam diri tentang sejumlah skandal membabitkan kepentingan rakyat itu.
“Khaled kena jawab kenapa rangkaian beberapa rangkaian rasuah hartanah sehingga hari ini masih tiada penyelesaian?
“Kes bekas exco perumahan dan kerajaan tempatan, Datuk Abdul Latiff Bandi sampai sekarang tidak selesai. Kita mahu tahu apa penamat akhirnya?
“Kes Ketua Pemuda Umno Gelang Patah bersama rakan wanitanya dalam penipuan tawaran Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ), apa cerita?
“Tidak ada berita sampai sekarang,” tegasnya dalam Ceramah Luaskan Harapan di Taman Pulai Utama malam tadi.
Untuk rekod, Abd Latiff, 52, bersama seorang perunding hartanah dihadapkan ke mahkamah pada April tahun lalu atas 33 pertuduhan rasuah hartanah mencecah lebih RM30.3 juta.
Mengikut kertas pertuduhan, Abd Latiff didakwa bersubahat dengan Amir Shariffuddin Abd Raub, 45, untuk menerima rasuah daripada beberapa individu bagi mendapatkan kelulusan pelepasan sejumlah lot Bumiputera kepada pembeli awam serta pengurangan bayaran wang sumbangan Tabung Perumahan Negeri Johor bagi projek Eco Botanic Pulai.
Sebulan sebelum itu, seorang Ketua Pemuda Umno bahagian di Johor ditahan reman bersama teman wanitanya masing-masing berumur 43 dan 41 tahun bagi membantu siasatan bersabit kes penipuan tawaran memiliki RMMJ.
Kedua-dua suspek itu ditahan reman pada 7 Mac tahun lalu kerana dipercayai terbabit dalam menipu empat mangsa dengan jumlah kerugian sebanyak RM120,000 sejak tahun 2016.
Bagaimanapun, selepas tempoh tahanan reman mereka dilanjutkan selama dua hari sehingga 14 Mac, status kes yang disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan itu tidak lagi dilaporkan.
Mengulas lanjut, Dzulkefly turut mendesak agar Khaled memberitahu rakyat Johor tentang isu sebenar penglibatan ‘orang dalam’ ekoran pencerobohan sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer Pejabat Tanah dan Galian (PTG) oleh sindiket untuk memalsukan geran tanah.
“Bilik kebal yang menyimpan rahsia rasmi geran-geran tanah PTG yang bolos, apa jadi dengan kes ini?
“Kebocoran dokumen SPRM yang tular di media sosial dengan terdapat beberapa siri pembayaran kewangan berjumlah RM12 juta kepada JO1 (Johor Official 1) iaitu berkaitan rasuah hartanah.
“Rakyat mahu tahu kerana melibatkan jutaan ringgit yang sepatutnya menjadi sebahagian pendapatan negerti tetapi akhirnya masuk ke kantung beberapa pimpinan Umno yang tidak amanah dan tidak telus dan mengamalkan salah guna kuasa.
“Kenapa tidak disiasat?” soalnya lagi merujuk pada pengubahan status lot perumahan bumiputera kepada status bukan bumiputera berjumlah RM12 juta.
Sehubungan itu, Dzulkefly menggesa rakyat menggunakan kuasa undi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) untuk memilih kerajaan yang lebih berintegriti dan berakauntabiliti supaya semua kebejatan rasuah kleptokrat dihentikan.

Subscribe to receive free email updates: