Rakyat Malaysia takut Najib.......

Rakyat Malaysia takut Najib....... - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rakyat Malaysia takut Najib......., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rakyat Malaysia takut Najib.......
link : Rakyat Malaysia takut Najib.......

Baca juga


Rakyat Malaysia takut Najib.......



Demikianlah Artikel Rakyat Malaysia takut Najib.......

Sekianlah artikel Rakyat Malaysia takut Najib....... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rakyat Malaysia takut Najib....... dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2018/02/rakyat-malaysia-takut-najib.html
RAMAI rakyat Malaysia di bawah pentadbiran Perdana Menteri Najib Razak berada dalam ketakutan pada masa ini kerana kerajaan ada banyak cara untuk bertindak balas terhadap mereka yang tidak bersetuju dengannya, kata Dr Mahathir Mohamad dalam artikel terbaru di blognya.
Dr Mahathir berkata rakyat Malaysia daripada semua golongan berada dalam ketakutan, termasuk kakitangan awam, peniaga kecil dan besar serta orang biasa.
“Tidak pernah dalam sejarah Malaysia yang begitu ramai orang berada dalam ketakutan. Di zaman Jepun pun kita tidak berasa begitu takut.
“Tetapi sekarang perasaan takut ini dirasai oleh ramai pegawai dan kakitangan Kerajaan, peniaga kecil dan besar dan orang biasa.
“Mereka takut Najib,” tulisnya.
Pengerusi Pakatan Harapan itu berkata pegawai dan kakitangan kerajaan takut didera oleh Najib dan takut dibuang kerja.
Beliau berkata peniaga kecil dan besar takut sesuatu dilakukan kepada mereka jika dilihat terlalu dekat dengan parti lawan atau pemimpin parti lawan dan ada yang diberi amaran supaya menjauhkan diri daripada orang tertentu yang dianggap musuh kerajaan.
“Bank tidak akan beri pinjaman. Jika diberi pun bermacam soalan dikenakan. Kontrak kerajaan tidak mungkin diluluskan. Yang sudah dapat akan ditamatkan.”
Dr Mahathir berkata peniaga besar akan dilawati oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri, kastam atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
“Mereka menyerbu dengan ramai pegawai untuk menggeledah pejabat. Walaupun sudah bayar semua cukai pendapatan atau cukai kastam, tambahan dituntut oleh pegawai. Tuntutan tambahan ini tidak berasas tetapi dituntut juga.”
Dr Mahathir berkata jika peniaga tidak membayar, buku akaun mungkin dirampas, kononnya untuk diperiksa, dan mungkin disenaraihitamkan dan pasport pengurus ditahan
Dalam artikel itu, Dr Mahathir berkata bagi yang mendapat pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara, bayaran bulanan akan dinaikkan.
“Bagi yang tidak ada punca pendapatan, bayaran bulanan tidak dapat dibuat. Maka mereka tidak dibenarkan keluar negeri. Mereka akan ditahan apabila menunjuk pasport mereka semasa pemeriksaan oleh pegawai imigresen.”
Beliau berkata mereka yang menerima elaun yang tidak ada dalam jadual (nelayan umpamanya) atau BR1M takut mereka dikeluarkan daripada senarai kelayakan.
“Akhbar dan majalah, cetak dan elektronik juga takut lesen mereka ditarik balik jika membuat laporan berkenaan perkara tertentu. Seperti ahli dan pemimpin Umno, mereka elak menyebut berkenaan 1MDB dan wang RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Najib.”
Dr Mahathir berkata mesyuarat agung Umno juga membisu berkenaan perkara yang menyentuh kenyataan oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat terhadap Najib.
“Mereka takut Najib marah,” katanya.
“Sesungguhnya rakyat Malaysia takut Najib. Terdapat ramai orang yang membisik apabila bercakap berkenaan perasan tidak puas hati dengan Kerajaan. Mereka takut Najib akan dengar dan tindakan diambil ke atas mereka.
“Yang amat menyedihkan ialah kakitangan kerajaan di semua peringkat takut jika mereka tidak lakukan arahan Najib, walaupun arahan ini bertentangan dengan undang-undang negara, mereka dikenakan tindakan oleh Najib.
“Ya. Sekarang ini rakyat Malaysia berada dalam ketakutan. Mereka takut Najib. Jika kerana takut Najib mereka pangkah BN, maka BN terus akan menang, maka akan berterusanlah iklim takut di Malaysia,” katanya.

Subscribe to receive free email updates: