Saman cabar sempadan baru PRU di Perak, Melaka ditolak mahkamah

Saman cabar sempadan baru PRU di Perak, Melaka ditolak mahkamah - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Saman cabar sempadan baru PRU di Perak, Melaka ditolak mahkamah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Saman cabar sempadan baru PRU di Perak, Melaka ditolak mahkamah
link : Saman cabar sempadan baru PRU di Perak, Melaka ditolak mahkamah

Baca juga


Saman cabar sempadan baru PRU di Perak, Melaka ditolak mahkamah

MAHKAMAH Persekutuan hari ini menolak permohonan penangguhan proses persempadanan semula dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Melaka dan Perak.
Saman itu difailkan oleh tujuh pengundi di Melaka dan dua ahli Parlimen Perak.
Ketua Hakim Md Raus Sharif mengatakan keputusan itu diambil sebulat suara oleh panel hakim bersidang dan Perlembagaan Persekutuan sudah meletakkan kepercayaan kepada Dewan Rakyat selaku badan yang wajar untuk membuat keputusan tentang limitasi sempadan pilihan raya.
“Mahkamah tidak wajar mencampuri perkara berkaitan persempadanan semula.
“(Jika tidak) kita akan dilihat mencampuri fungsi badan lain,” katanya di Mahkamah Persekutuan hari ini.
Ahli panel hakim terdiri adalah Azahar Mohamed dan Aziah Ali.
Raus turut berkata cadangan persempadanan semula SPR hanyalah tindakan yang tidak berkait dengan mana-mana parti.
“Justeru, semakan kehakiman tidak boleh dipinda,” katanya.
Pada April tahun lalu, tujun pengundi Melaka memfailkan permohonan semakan kehakiman dan penangguhan terhadap SPR dengan mendakwa cadangan persempadanan semula itu berlawanan dengan perlembagaan.
Pada Mei, Mahkamah Tinggi Melaka membenarkan permohonan


Demikianlah Artikel Saman cabar sempadan baru PRU di Perak, Melaka ditolak mahkamah

Sekianlah artikel Saman cabar sempadan baru PRU di Perak, Melaka ditolak mahkamah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Saman cabar sempadan baru PRU di Perak, Melaka ditolak mahkamah dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2018/02/saman-cabar-sempadan-baru-pru-di-perak.html
mencabar untuk semakan kehakiman oleh penduduk itu.
Bagaimanapun, pada Julai, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan SPR untuk mengetepikan keputusan yang dibuat Mahkamah Tinggi Melaka itu.
Tujuh pengundi itu adalah Chan Tsu Chong, Nei Lih Xin, Azura Talib, Lim Kah Seng, Norhizam Hassan Baktee, Amir Khairudin, Amran Atan yang mewakili pengundi Kota Melaka dan kerusi Parlimen Bukit Katil.
Chan yang hadir hari ini sebagai wakil berkata, beliau kecewa dengan keputusan Mahkamah Persekutuan memandangkan mahkamah itu sepatutnya menjadi “badan tunggal” yang menentukan sama ada sesuatu perkara itu tertakluk di bawah Perlembagaan atau tidak.
“Mahkamah nampaknya telah memutuskan yang mereka tidak boleh memberi kata putus sebab mereka kata Perlembagaan Persekutuan berkuasa terhadap Parlimen.
“Kami menghormati keputusan itu kerana ia isu undang-undang perlembagaan,” kata Chan.
Hari ini, Mahkamah Persekutuan turut menolak permohonan penangguhan dua ahli Parlimen Perak iaitu ahli Parlimen Ipoh Timur Thomas Su Keong Siong dan ahli Parlimen Ipoh Barat M Kulasegaran.
Kulasegaran menyeru rakyat Malaysia menunjukkan kuasa dalam Pilihan Raya Umum ke-14 kelak.
“Sebagai ahli Parlimen, saya akan naikkan perkara ini apabila rang undang-undang ini di bawa ke Parlimen,” katanya.
Sebelum ini kedua mereka kalah dalam rayuan di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang tidak membenarkan mereka memulakan permohonan semakan kehakiman berhubung cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya masing-masing.
Hakim Mohd Zawawi Salleh, yang mengetuai panel hakim, keputusan sebulat suara menolak rayuan dibawa Thomas dan Kulasegaran.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :