Judul : "GST KERANA NAJIB SALAH GUNA DAN BAZIRKAN WANG KERAJAAN"
link : "GST KERANA NAJIB SALAH GUNA DAN BAZIRKAN WANG KERAJAAN"
"GST KERANA NAJIB SALAH GUNA DAN BAZIRKAN WANG KERAJAAN"
1. Najib dan konco-konconya masih cuba pertahan cukai G.S.T. sebagai amat penting bagi kewangan Kerajaan. Kononnya tanpa GST Kerajaan tidak boleh berfungsi, tak dapat bangunkan negara.
2. Bahawa negara ini berjaya dibangunkan dahulu sehingga mendapat gelaran “Harimau Asia” tanpa GST tidak disebut sama sekali.

4. GST adalah faktor terbesar yang menyebabkan kos sara hidup melambung tinggi. Dengan ditarik balik berbagai subsidi termasuk minyak tekanan ke atas rakyat, terutama golongan miskin dan yang berpendapatan sederhana amatlah berat.
5. Sudah tentu kos sara hidup akan turun jika GST dihapuskan.
6. Penghapusan GST tidak akan menjejaskan pentadbiran dan pembangunan negara. Jika hari ini GST diperlukan sebabnya ialah kerana banyak wang Kerajaan disalah guna dan dibazirkan. Salahguna ini menjadi begitu besar menjelang PRU 14.
7.
Demikianlah Artikel "GST KERANA NAJIB SALAH GUNA DAN BAZIRKAN WANG KERAJAAN"
Sekianlah artikel "GST KERANA NAJIB SALAH GUNA DAN BAZIRKAN WANG KERAJAAN" kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel "GST KERANA NAJIB SALAH GUNA DAN BAZIRKAN WANG KERAJAAN" dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2018/03/gst-kerana-najib-salah-guna-dan.html
Sogokan kepada pengundi meningkat dengan mendadak. Wang tunai beribu Ringgit diberi kepada pengundi tanpa sebab. Di tiap-tiap negeri diadakan Ekspo mempamer jabatan-jabatan Kerajaan. Swasta dipaksa ambil bahagian dalam Ekspo ini. Hadiah yang diberi kepada pelanggan cabutan nombor bertuah termasuk rumah dan tanah, kereta dan motosikal, beras berkampit kampit, alatan dapur dan bermacam lagi. Bermillion Ringgit duit Kerajaan disalah guna untuk sogokan ini.
8. Kontrak Kerajaan dinaikkan nilai supaya sebahagian diselewengkan untuk kegunaan parti Kerajaan dan orang tertentu.
9. Hutang Kerajaan sekarang sudah hampir 1 trillion. Hutang 1MDB sekarang dibeban kepada Kementerian Kewangan. Bayaran faedah hutang ini menelan ratusan juta Ringgit.
10. Walaupun hutang sudah begitu tinggi, Najib hutang lagi. Keretapi Pantai Timur tidak berdaya maju tetapi pembangunannya dirancang supaya boleh hutang lagi. Lima puluh lima billion Ringgit di hutang dari negara China untuk ECRL walaupun keperluan hanya 35 billion Ringgit.
11. Dirancang lagi keretapi laju dari Singapura ke Kuala Lumpur. Ini memerlukan 60 billion Ringgit. LRT/MRT Kuala Lumpur akan telan berbillion lagi.
12. Dahulu tanpa GST negara bangunkan Lebuhraya Utara Selatan, landasan keretapi berkembar elektrik, Lapangan Terbang KLIA dan di bandar-bandar lain, pelabuhan-pelabuhan, jaringan lebuhraya, pembangunan luar bandar, sekolah, universiti, hospital, bekalan air dan stesen janaelektrik dan bermacam lagi. Sesungguhnya tanpa GST pembangunan dan pentadbiran negara tidak terjejas bahkan lebih hebat dari sekarang. Hutang negara juga tidak begitu tinggi. Beban bayaran hutang tidak memakan peratusan yang tinggi dalam belanjawan negara.
Read More / Baca Lagi >>