Jualan "Murah Sentuhan Hati" bukti kerajaan tak kawal inflasi

Jualan "Murah Sentuhan Hati" bukti kerajaan tak kawal inflasi - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jualan "Murah Sentuhan Hati" bukti kerajaan tak kawal inflasi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jualan "Murah Sentuhan Hati" bukti kerajaan tak kawal inflasi
link : Jualan "Murah Sentuhan Hati" bukti kerajaan tak kawal inflasi

Baca juga


Jualan "Murah Sentuhan Hati" bukti kerajaan tak kawal inflasi



Demikianlah Artikel Jualan "Murah Sentuhan Hati" bukti kerajaan tak kawal inflasi

Sekianlah artikel Jualan "Murah Sentuhan Hati" bukti kerajaan tak kawal inflasi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jualan "Murah Sentuhan Hati" bukti kerajaan tak kawal inflasi dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2018/03/jualan-murah-sentuhan-hati-bukti.html
JUALAN Murah Sentuhan Hati oleh Barisan Nasional (BN)  yang memberi tumpuan kepada barangan keperluan asas jelas sekali menunjukkan kegagalan kerajaan menguruskan ekonomi negara.
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata, program itu juga bukti kegagalan Putrajaya mengawal inflasi.
Apa yang diperlukan rakyat sebenarnya adalah pengawal harga, tambahnya.
“Buat apa BN buat Jualan Murah Sentuhan Hati kalau sekadar cuma dua minggu atau satu bulan sekali. Yang kita nak bukanlah sebulan sekali. Yang kita nak tiap-tiap hari.
“Kalau anda pergi ke pasar sekarang, semua orang merungut harga barangan tinggi. RM50 tak boleh beli banyak barang.
“Rakyat macam harimau, hari-hari mau,” kata Lim kepada pemberita di Pulau Pinang hari ini.
Ujarnya, jualan murah itu hanyalah cubaan parti pemerintah untuk menunjukkan yang mereka mengambil berat akan kesusahan rakyat.
Walhal, kata Lim, BN sebenarnya program itu lagi menyusahkan rakyat.
“Sebenarnya, mereka gagal kawal harga itu, jadi sebab itu buat jualan murah. Hanya buat sebulan sekali.
“Kalau betul-betul nak bantu, kena pastikan harga boleh kekal,” katanya.
Tambah Lim, satu-satunya langkah untuk mengekalkan harga ialah dengan menghapuskan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
“Tanpa hapuskan GST, perkara ini takkan terjadi. Jadi (dengan hapuskan GST), tiap-tiap hari harga takkan melambung tinggi, harga dapat dikekalkan.
“Jualan murah ini adalah satu kempen untuk alihkan perhatian dan kaburkan mata rakyat,” katanya.
Jualan Sentuhan Rakyat yang diadakan di seluruh negara merupakan rancangan jangka pendek kerajaan persekutuan untuk menyelesaikan kos sara hidup yang tinggi.
Program BN itu menawarkan barangan keperluan asas kepada masyarakat di bawah harga pasaran.
Selain itu, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) juga merupakan salah satu contoh usaha kerajaan membantu mereka yang terbeban dengan masalah ekonomi.
Pemberian BR1M diberikan kepada lebih kurang tujuh juta rakyat. Setiap orang mendapat RM1,200 tahun ini, berbanding sebelum ini yang hanya RM500.

Subscribe to receive free email updates: