Najib anggap pengundi Melayu bodoh

Najib anggap pengundi Melayu bodoh - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Najib anggap pengundi Melayu bodoh, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Najib anggap pengundi Melayu bodoh
link : Najib anggap pengundi Melayu bodoh

Baca juga


Najib anggap pengundi Melayu bodoh

Persempadanan semula kawasan pilihan raya yang mengasingkan pengundi Melayu daripada Cina merupakan satu bentuk penipuan Datuk Seri Najib Razak, tegas calon Perdana Menteri Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menurutnya, Najib menganggap pengundi Melayu sebagai bodoh kerana mudah dibeli dengan wang berbeza dengan pengundi Cina.
“Sekarang dia mengubah sempadan kawasan pilihan raya supaya orang Melayu diasingkan daripada orang Cina kerana pendapat Najib adalah orang Melayu ini bodoh.
“Kalau bagi duit RM200 maka mereka akan undi Datuk Seri Najib. Orang Cina katanya lebih cerdik, katanya tidak mudah disogok dengan wang.
“Sebab itu diasingkannya orang Melayu daripada Cina,” kata Pengerusi Bersatu itu dalam Ceramah Perdana Jelajah Pakatan Harapan di Seremban semalam.
Beliau menyifatkan Najib Razak pada masa ini sudah terjerat untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang ditangguh sejak 2015.
“(Tahun) 2015, tak jadi (pilihan raya), (20)16 pun tak jadi, 17 pun tak jadi. Sekarang sudah sampai 18, nak pergi mana lagi Datuk Seri Najib?
Sebahagian daripada orang ramai yang menghadiri Ceramah Perdana Jelajah Pakatan Harapan di Seremban semalam.
“Kamu sudah terjerat, terperangkap. Pada mulanya dia begitu yakin dia boleh menang. Sekarang ini, sudah sampai 2018. Tak boleh (Najib) nak lari lagi,” bidasnya.
Akibat terperangkap, Najib Razak cuba untuk menipu PRU-14 tetapi, jelasnya, penipuan


Demikianlah Artikel Najib anggap pengundi Melayu bodoh

Sekianlah artikel Najib anggap pengundi Melayu bodoh kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Najib anggap pengundi Melayu bodoh dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2018/03/najib-anggap-pengundi-melayu-bodoh.html
daripada seorang pencuri memang perkara biasa.
“Penipuan pertama dilakukan, senarai pengundi ditukar sehingga tidak bermakna lagi. Dalam senarai penmgundi ada pengundi Fatimah binti Ismail (seramai) 900 orang.
“Bertabur seluruh Malaysia. Umurnya lebih kurang sama. Entah dari mana datang 900 Fatimah binti Ismail ini,” ujarnya.
Untuk rekod, menjelang pilihan raya umum lalu pada 2013, didedahkan Kedah, Kelantan, Pahang dan Terengganu mempunyai bilangan pengundi yang ramai berkongsi nama sama, termasuk 900 bernama ‘Fatimah Ismail’.
Antara pimpinan Pakatan Harapan di Ceramah Perdana Jelajah PH di Seremban semalam.
Selain itu, kata Tun Mahathir, terdapat alamat kediaman yang dihuni sehingga 70 pengundi dalam satu rumah dan terdiri daripada orang Melayu, Cina dan India.
“Sekali lagi, ini cara untuk menipu rakyat supaya boleh bawa pengundi yang tidak berhak mengundi pada PRU-14 ini.
“Kita dapati juga ditambahnya undi pos. Undi pos ini dibuat lebih awal, dimasukkan dalam peti tapi peti itu disimpan tanpa dijaga oleh parti-parti lawan.
“Apa terjadi paa peti-peti ini, kita tidak tahu. Mungkinkah Fatimah binti Ismail yang 900 ini undi Datuk Seri Najib?
“Itulah penipuan yang dimulakan Datuk Seri Najib,” tambahnya lagi selain cabutan nombor bertuah yang menawarkan hadiah seperti rumah dan motosikal.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :