Judul : Najib penjawat awam, kata Dr Mahathir
link : Najib penjawat awam, kata Dr Mahathir
Najib penjawat awam, kata Dr Mahathir
Demikianlah Artikel Najib penjawat awam, kata Dr Mahathir
Sekianlah artikel Najib penjawat awam, kata Dr Mahathir kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Najib penjawat awam, kata Dr Mahathir dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2018/03/najib-penjawat-awam-kata-dr-mahathir.html
SEMUA orang boleh nampak bahawa Perdana Menteri Najib Razak ialah seorang penjawat awam kerana dia mengetuai Kabinet dan membuat keputusan untuk kerajaan, kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Dr Mahathir Mohamad.
Calon perdana menteri gabungan pembangkang itu menerusi blognya hari ini berkata tidak ada orang biasa yang mempunyai kuasa seperti perdana menteri lakukan iaitu termasuk memberi arahan kepada pegawai kerajaan.
“Jika sesiapa saja boleh buat ini, maka sesiapa juga boleh diklasifikasikan sebagai penjawat awam atau kita tidak boleh ada perdana menteri, menteri dan setiausaha kementerian kerana semua orang boleh ambil jawatan itu dan beritahu penjawat awam untuk buat apa saja,” kata Dr Mahathir.
Beliau berkata Najib tidak boleh menjadi pegawai swasta kerana kuasa yang dimilikinya terhadap kerajaan dan Kabinet.
"Najib bin Tun Razak ialah perdana menteri Malaysia dan dia ada kuasa ke atas kerajaan mengikut undang-undang negara. Memandangkan perdana menteri ialah penjawat awam, maka Najib ialah penjawat awam,” katanya.
Dr Mahathir membuat ulasan itu susulan Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa Najib bukan penjawat awam, dan oleh itu kebal daripada tuntutan berhubung salah laku dalam pejabat kerajaan.
Dr Mahathir dan bekas pemimpin Umno Bahagian Batu Kawan Khairuddin Abu Hassan memfailkan saman pada Mac 2016, memohon perisytiharan bahawa Najib melakukan salah laku dalam pejabat awam.
Mereka mendakwa semua kesalahan dilakukan berkaitan dengan kesalahan kewangan dalam syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di mana, Najib mengetuai jawatankuasa penasihatnya.
Dalam keputusan Mahkamah Persekutuan, Hakim Yaacob Md Sam berkata perdana menteri sudah dibebaskan daripada sebarang salah laku oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), peguam negara, polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Bank Negara Malaysia.
Pada Selasa, permohonan Dr Mahathir untuk mendapatkan kebenaran rayuan ditolak dan Ketua Hakim Negara Md Raus Sharif mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi.
Haniff Khatri Abdulla, peguam yang mewakili Dr Mahathir berkata permohonan untuk semakan keputusan Mahkamah Persekutuan akan difailkan tidak lama lagi.
Dr Mahathir dan Khairuddin diperintahkan oleh Raus untuk membayar kos RM20,000 kepada Najib.