PRU14: DUIT BN TIDAK BOLEH BELI HATI DAN MINDA RAKYAT

PRU14: DUIT BN TIDAK BOLEH BELI HATI DAN MINDA RAKYAT - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PRU14: DUIT BN TIDAK BOLEH BELI HATI DAN MINDA RAKYAT, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PRU14: DUIT BN TIDAK BOLEH BELI HATI DAN MINDA RAKYAT
link : PRU14: DUIT BN TIDAK BOLEH BELI HATI DAN MINDA RAKYAT

Baca juga


PRU14: DUIT BN TIDAK BOLEH BELI HATI DAN MINDA RAKYAT

WANG tidak boleh membeli hati dan minda pengundi, walaupun sudah banyak ‘hadiah pilihan raya’ diberikan kepada penjawat awam dan sukarelawan, kata ahli Parlimen DAP Liew Chin Tong.
Minggu lalu, Perdana Menteri Najib Razak mengumumkan kenaikan elaun untuk anggota Rela.


Demikianlah Artikel PRU14: DUIT BN TIDAK BOLEH BELI HATI DAN MINDA RAKYAT

Sekianlah artikel PRU14: DUIT BN TIDAK BOLEH BELI HATI DAN MINDA RAKYAT kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PRU14: DUIT BN TIDAK BOLEH BELI HATI DAN MINDA RAKYAT dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2018/03/pru14-duit-bn-tidak-boleh-beli-hati-dan.html
src="https://lh3.googleusercontent.com/blogger_img_proxy/AEn0k_t2uHe9l5BWEH95-s1AQBOTvgSSQ-ZRbDHCv1_9zl6fWxEnQVV4AKq-zm-701By25skbBSMneEgKrzhbNsOUyKM6vKkd9SCdA2-s7ohlAg2V-4VHf3kuhIn3QLTLwxly1LsrtY6PN2ibBR-vwb8EQJ42udxzE-ALPhdytC7_SQYJ2F-IigocXR505cPv98pphQetw1KGV3vdmBVnDImLiTL533FuFGip8XYn9YUaYasTmafyWu5Zt8BBEuC5d0VECNxw1nToPwahX0mjWQ5MGw4Yev9QQOCFgBnV0x0koktPSrZSRzEXJPdbOS4ifVkdanZJ05kzoLZGUBV4hgIHxN1cMsXiRCjjmrRJBbcT-SLUTyYJpvKbBrwxZYQqlfsS4F-IUbHqdL1d0xHdYDdRQFbry7DVzOkJdKLfzPE8qBZlaBkxtIfQgrv9UMt8ZhZxJSNO96aTsu0Jnbr3p5t0rmCnoYEr4KF7fwXqQW1j12Qrw37JOaKC9gjfp67K28vvAGR6hV-vfk3xbwo41K-BcilJCakoBnjWTbV5NtXc7xgiWpl7n9evdRYyVbzMVViuWSM1YsY5OO_32WTSCP-L3fPsYMU7wKt6-HAvs7cw01sjZqLSXObRUbhmnU3liPI2j5ecsFTHZiFyJ-BJZRtEbi7o9kIv_4n05nzpOg1eB04s2lruUADWPxN4J_uGyt96JPcP_LXfsAPrck5C449hFopt2u3HvQP7N022Pv5ENOQDvfy0UL_OklE8nRym9LKCEGsarj17vnDWopiwcnK5VYVkAk5O8njI_Xh6FsG3v6YgpCwLl_2zslZpxXfTrn_SVi7XOjm7Nhc8H8qXHJ0TwCyxwxuTJbM46HL5D8pWy0g01C_Qh1vb7ihw0XTMmt_W0j4YYLHVGBAMBzryUaqJTKIoevq3a4BwZxdoljlyIbM1iqKr8Ibs2llROLfIvD8L_C_JEPmk36tHdZphH7i4L0m39A6lC6OHl6gc7LP=s0-d" style="height: 0px; width: 0px;" width="0">
Dalam minggu yang sama, Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi turut mengumumkan kenaikan elaun anggota Jabatan Pertahanan Awam (APM).
Ahli Parlimen Kluang itu, yang menyiarkan video berhubung perkara itu minggu lalu berkata, pemberian dan janji bonus itu tidak akan menghilangkan “kemarahan rakyat” terhadap kos sara hidup dan kekurangan peluang pekerjaan.
“Secara umumnya, rakyat tidak gembira dengan kerajaan. Mereka tidak gembira dengan ekonomi,” kata Liew pada sesi temubual dengan The Malaysian Insight.
Liew yang juga pengarah biro pendidikan DAP kebangsaan, berkata pengundi tidak lagi terpengaruh dengan “pemikiran wang adalah segala-galanya”.
“Ada yang tinggal di kawasan berhampiran lebuh raya. Jadi apa yang akan dilakukan mereka yang mahu berubah untuk kehidupan lebih baik? Sebaik sahaja mereka tamat persekolahan, mereka akan keluar dan bekerja di tempat lain. Dan situasi ini bukan hanya berkalu dalam kalangan masyarakat India atau Cina sahaja, tetai juga masyarakat Melayu.
“Ramai yang bekerja jauh dari tempat asal mereka dan mereka tidak gembira,” katanya.
Liew yang juga ketua DAP Johor berkata, selain menawarkan pemberian wang hampir RM1.6 bilion dan pengecualian hutang kepada pengundi Felda dan kenaikan kadar pencen kepada pesara, perdana menteri tidak menawarkan apa-apa dasar yang boleh merangsang pertumbuhan ekonomi.
“Masalah dengan Najib ialah beliau tidak menyedari bahawa kita menghadapi masalah dengan ekonomi. Itu masalah utama Najib.
“Ketika ini, Najib memuji tentang ekonomi. Tetapi bayangkan mereka yang terpaksa melakukan tiga kerja dalam sehari. Bayangkan apa yang mereka rasa? Apa sahaja yang beliau katakan tiada kena mengena dengan mereka,” katanya.
“Mereka menderita dan mereka sedar mereka lebih menderita kini berbanding lima tahun lalu. Rakyat tahu mereka kurang berkembang dari segi ekonomi berbanding lima tahun lalu. Dan itu adalah perasaan yang sangat kuat dalam kalangan rakyat,” tambahnya.
Dalam video berkenaan, Liew berkata: “Wang tidak boleh beli kasih sayang. Wang tidak boleh beli hati dan minda rakyat. Kami, rakyat mempunyai maruah, aspirasi dan integriti”.
Katanya, tidak mustahil keputusan mengejut pilihan raya berlaku lagi, merujuk kepada keputusan pilihan raya umum 2008 yang mengejutkan apabila pembangkang berjaya menguasai lima kerajaan negeri.
Beliau juga berkata, bila berlaku tsunami politik, penyokong BN akan turut berkempen untuk pembangkang, dan mendakwa pemimpin akar umbi MIC yang telah membantu DAP mengekalkan kemenangan sepuluh tahun lalu.
“Jangan menganggap penyokong tegar BN akan kekal bersama parti itu selamanya, Bila berlaku tsunami, Umno tidak akan tahu dalam kalangan kepimpinan mereka siapa yanng akan menyokong pembangkang sebagaimana yang dilakukan pemimpin akar umbi MIC pada 2008,” katanya dalam video itu.
Liew turut menggesa rakyat untuk menjadi ejen pusat mengundi secara sukarela menerusi kempen yang tidak berdasarkan parti politik.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :