PRU14: HARAPAN mahu cipta sejarah di Sungai Perak

PRU14: HARAPAN mahu cipta sejarah di Sungai Perak - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PRU14: HARAPAN mahu cipta sejarah di Sungai Perak, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PRU14: HARAPAN mahu cipta sejarah di Sungai Perak
link : PRU14: HARAPAN mahu cipta sejarah di Sungai Perak

Baca juga


PRU14: HARAPAN mahu cipta sejarah di Sungai Perak



Demikianlah Artikel PRU14: HARAPAN mahu cipta sejarah di Sungai Perak

Sekianlah artikel PRU14: HARAPAN mahu cipta sejarah di Sungai Perak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PRU14: HARAPAN mahu cipta sejarah di Sungai Perak dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2018/03/pru14-harapan-mahu-cipta-sejarah-di.html

  Sungai Perak adalah sungai kedua terpanjang di Semenanjung Malaysia, bermula dari sempadan Thailand dan mengalir ke Teluk Intan, sebelum berakhir di Selat Melaka.
Sungai ini merupakan sebahagian daripada sejarah Malaysia dan sejak abad ke-18, kesultanan Perak memerintah di sepanjang tebing sungai berkenan di Kuala Kangsar.
Jauh ke selatan, berhampiran Pasir Salak, adalah lokasi pembunuhan pegawai British, James WW Birch, peristiwa besar dalam pemberontakan terhadap penjajah di Tanah Melayu oleh Dato Maharajalela.
Kini, menjelang pilihan raya umum akan datang, Pakatan Harapan (HARAPAN) Perak percaya pengundi berpeluang "menulis" satu lagi sejarah baru di sepanjang sungai itu.
Pengerusi HARAPAN Perak, Ahmad Faizal Azumu, berkata beliau yakin gabungan itu akan dapat membawa perubahan meskipun sejak merdeka, Umno telah membina bandar dan kampung di kawasan sekitar menjadi kubu kuat mereka.
"Selain Telok Intan (kerusi parlimen), kawasan di sepanjang sungai tidak pernah jatuh kepada pembangkang.
"Sekiranya kami memenangi kerusi-kerusi ini, HARAPAN akan mengambil alih Perak dan seterusnya ke Putrajaya," kata Faizal, 48 dalam temu bual baru-baru ini.
Menurut Faizal, Umno tidak pernah tewas di kerusi Parlimen Grik, Lenggong, Padang Rengas, Kuala Kangsar, Parit dan Pasir Salak.
Faktor BERSATU
Untuk menang tujuh parlimen tersebut HARAPAN perlu mendapatkan ayunan (swing) 10 peratus pengundi Melayu, kata Faizal.
Tetapi katanya apa yang membezakan sekarang berbanding pilihan raya sebelumnya adalah faktor BERSATU.
Ini disebabkan parti serpihan Umno itu mempunyai pengalaman dalam gerak kerja Umno.
"Kami berusaha keras ke arah sasaran itu (10 peratus), kami bercampur  dengan pengundi setiap hari, kami anjur "ceramah kelompok "(kira-kira 40 orang), dan bertemu dengan pengundi dari rumah ke rumah," katanya.
Setakat ini, katanya sambutan terhadap BERSATU amat menggalakkan apabila ramai ahli Umno menyatakan kekecewaan mereka terhadap parti pemerintah walaupun tidak secara terang-terangan.
"Ramai yang menyertai BERSATU, ada yang pegawai kerajaan atau suri rumah yang suami bekerja di agensi kerajaan atau mereka mempunyai kontrak dengan kerajaan. Ramai dari mereka tidak boleh dedahkan diri mereka.
"Terdapat pemimpin akar umbi Umno yang ingin menunjukkan sokongan mereka secara terang-terangan, tapi tidak boleh, mereka berjanji untuk mengundi pembangkang juga," kata Faizal yang juga bekas ahli Umno.

Subscribe to receive free email updates: