PRU14: Permohonan undi pos luar negara tidak diproses lepas parlimen dibubar - SPR

PRU14: Permohonan undi pos luar negara tidak diproses lepas parlimen dibubar - SPR - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PRU14: Permohonan undi pos luar negara tidak diproses lepas parlimen dibubar - SPR, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PRU14: Permohonan undi pos luar negara tidak diproses lepas parlimen dibubar - SPR
link : PRU14: Permohonan undi pos luar negara tidak diproses lepas parlimen dibubar - SPR

Baca juga


PRU14: Permohonan undi pos luar negara tidak diproses lepas parlimen dibubar - SPR



Demikianlah Artikel PRU14: Permohonan undi pos luar negara tidak diproses lepas parlimen dibubar - SPR

Sekianlah artikel PRU14: Permohonan undi pos luar negara tidak diproses lepas parlimen dibubar - SPR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PRU14: Permohonan undi pos luar negara tidak diproses lepas parlimen dibubar - SPR dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2018/03/pru14-permohonan-undi-pos-luar-negara.html

Permohonan pengundi pos luar negara warganegara Malaysia yang diterima selepas 12 tengah malam pada hari pembubaran Parlimen tidak akan diproses, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Syarat bagi memohon kemudahan mengundi secara pos mestilah pemilih berdaftar kategori pengundi biasa atau bukan pengundi tidak hadir luar negara dan pernah berada di Malaysia atau kembali ke Malaysia tidak kurang dari 30 hari dalam tempoh lima tahun sebelum pembubaran Parlimen atau Dewan Undangan Negeri yang ke-13.
Pemohon juga perlu menetap di luar negara kecuali bagi mereka yang tinggal di selatan Thailand (wilayah Narathiwat, Pattani, Yala, Songkhla dan Satun), Singapura, Brunei dan wilayah Kalimantan Indonesia tidak layak diberikan kemudahan untuk mengundi melalui pos dan perlu balik mengundi pada hari pengundian.
Menurut SPR, permohonan hendaklah dikemukakan dengan menggunakan Borang 1B – Borang Permohonan Kertas Undi Pos (Pengundi Pos Luar Negara) yang boleh dimuat turun melalui laman sesawang SPR.
"Permohonan yang telah diisi lengkap hendaklah dihantar kepada Ibu Pejabat SPR di Putrajaya melalui e-mel kepada upup@spr.gov.my, atau melalui faks ke 03-8881 0424/ 0399/ 0394/ 0386/ 0369, atau melalui pos ke alamat Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, Menara SPR, No 2 Jalan P2T, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 Putrajaya (u.p. Unit Pengurusan Undi Pos Luar Negara),” demikian menurut #infopru14 di laman Facebook suruhanjaya itu, di https://ift.tt/2ITrWkD.
"Setiap permohonan yang diterima akan diproses oleh SPR dan pemohon akan dimaklumkan status permohonan itu sama ada diluluskan atau sebaliknya. Walau bagaimanapun, warganegara Malaysia yang mendaftar sebagai Pengundi Tidak Hadir (PTH) di luar negara adalah pengundi pos dan oleh itu tidak perlu memohon,” menurut SPR.
SPR turut menasihatkan semua warganegara Malaysia yang telah berdaftar sebagai PTH Luar Negara untuk mengemas kini alamat terkini di luar negara melalui Sistem Aduan dan Pertanyaan SPR di portal rasmi SPR.
"Permohonan kemas kini alamat terkini di luar negara hendaklah dilampirkan (dimuat naik) bersama salinan pasport sebagai pengesahan pengenalan diri oleh pemohon.
"Pengemaskinian alamat terkini di luar negara adalah bagi tujuan penghantaran kertas undi pos untuk Pilihan Raya Umum ke-14 yang akan datang,” katanya.
Untuk sebarang pertanyaan berkenaan perkara tersebut, orang ramai boleh menghubungi talian 03-88810081 atau e-mel ke upup@spr.gov.my.

Subscribe to receive free email updates: