Judul : PRU14: Tiada bukti Equanimity milik Jho Low, sembang Salleh Keruak
link : PRU14: Tiada bukti Equanimity milik Jho Low, sembang Salleh Keruak
PRU14: Tiada bukti Equanimity milik Jho Low, sembang Salleh Keruak
Demikianlah Artikel PRU14: Tiada bukti Equanimity milik Jho Low, sembang Salleh Keruak
Sekianlah artikel PRU14: Tiada bukti Equanimity milik Jho Low, sembang Salleh Keruak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PRU14: Tiada bukti Equanimity milik Jho Low, sembang Salleh Keruak dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2018/03/pru14-tiada-bukti-equanimity-milik-jho.html
PENTADBIRAN Najib menyebelahi Low Taek Jho dengan mengatakan tidak bukti menunjukkan kapal layar yang disita oleh pihak berkuasa Indonesia di Bali itu adalah milik ahli perniagaan tersebut.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Salleh Said Keruak berkata tidak ada bukti menyatakan kapal layar The Equanimity dibeli menggunakan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Semalam, pihak berkuasa Indonesia menyita kapal layar bernilai RM1 bilion yang didakwa oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) dibeli Low dengan wang hasil rompakan dana pelaburan Malaysia yang bergelut dengan masalah itu.
Low, penasihat perniagaan dan orang kepercayaan Perdana Menteri Najib Razak yang juga dikatakan mempunyai hubungan baik dengan beberapa menteri, telah dinamakan DoJ sebagai dalang satu skim untuk mencuri berbilion dolar daripada 1MDB.
Menurut Salleh, sumber dakwaan itu terdapat dalam saman sivil DoJ yang ditangguhkan sejak Ogos 2017.
"Hingga ke hari ini, selain dari dakwaan yang terkandung dalam tuntutan mahkamah itu, DoJ masih belum mengemukakan bukti bahawa Low adalah pemilik sebenar kapal layar itu atau ia dibeli dengan dana 1MDB.
"Tambahan pula, DoJ masih belum membuktikan mana-mana pertuduhannya di mahkamah undang-undang, meskipun ianya sudah hampir dua tahun berlalu sejak persidangan akhbarnya pada Julai 2016," kata Salleh dalam satu kenyataan.
Beliau berkata sumber dan yang didakwa dalam saman DoJ itu adalah dari Aabar BVI, yang DoJ dakwa mempunyai urusan perniagaan dengan Low.
"Pengarah Aabar BVI adalah Khadem Al Qubaisy dan Muhammed Al Badawy, bekas pegawai tinggi dalam kumpulan IPIC.
"1MDB sudah berulang kali menjelaskan bahawa meskipun mempunyai urusan perniagaan dengan Aabar BVI, tiada urusan perniagaan antara 1MDB dengan Low.
"Yang lebih penting, 1MDB bukanlah pihak yang terlibat dalam saman DoJ," katanya.
Salleh turut menyelar pembangkang kerana mengelirukan rakyat dengan berita palsu, dengan menggunakan "tuduhan yang tidak sah dan tanpa bukti" mengenai kapal layar tersebut.
Beliau berkata Dr Mahathir Mohamad dan Pakatan Harapan pimpinan DAP menggunakan berita palsu sebagai senjata utama mereka bagi medapatkan sokongan dalam pilihan raya umum akan datang.
"Ini satu lagi cubaan gagal untuk mengelirukan rakyat Malaysia dengan berita palsu.
"Rakyat Malaysia yang berfikir dengan betul akan ingat bagaimana Dr Mahathir memulakan serangan berita palsu terhadap 1MDB, dengan silap menyatakan RM42 bilion hilang.
"Dalam keadaan mereka yang terdesak, ianya menyedihkan melihat pembangkang dan Dr Mahathir tanpa berfikir panjang mengitar semula dakwaan tanpa bukti dan tanpa rasa tanggungjawab menyebar berita palsu," katanya.