Rakyat Perak diseru sokong Pakatan Harapan untuk bina semula negeri

Rakyat Perak diseru sokong Pakatan Harapan untuk bina semula negeri - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rakyat Perak diseru sokong Pakatan Harapan untuk bina semula negeri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rakyat Perak diseru sokong Pakatan Harapan untuk bina semula negeri
link : Rakyat Perak diseru sokong Pakatan Harapan untuk bina semula negeri

Baca juga


Rakyat Perak diseru sokong Pakatan Harapan untuk bina semula negeri


Ahli Parlimen Batu Gajah V Sivakumar berkata, negeri Perak perlu diselamatkan daripada pemimpin-pemimpin yang tidak mempunyai visi atau arah tuju pembangunan yang terancang.
Rakyat negeri perak katanya, tidak boleh membiarkan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) dan kroni-kroninya membolot kekayaan negeri.
Rakyat Perak diseru sokong Pakatan Harapan untuk bina semula negeri“Rakyat Perak amat kecewa melihat kedudukan negeri itu jauh ketinggalan berbanding dengan negeri-negeri lain.
“Pada suatu ketika dahulu Perak merupakan negeri yang paling unggul. Sumber bumi seperti bijih timah telah meletakkan negeri Perak pada tangga teratas dari segi pencapaian ekonomi.
“Sumber-sumber pertanian seperti getah dan kelapa sawit juga diusahakan secara giat di negeri Perak.
“Banyak lagi aktiviti seperti perikanan dan perindustrian juga membantu mengekalkan negeri Perak sebagai negeri yang cemerlang yang sentiasa menjadi kebanggaan rakyatnya,” kata Timbalan Pengerusi DAP Perak itu dalam kenyataan medianya semalam.


Demikianlah Artikel Rakyat Perak diseru sokong Pakatan Harapan untuk bina semula negeri

Sekianlah artikel Rakyat Perak diseru sokong Pakatan Harapan untuk bina semula negeri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rakyat Perak diseru sokong Pakatan Harapan untuk bina semula negeri dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2018/03/rakyat-perak-diseru-sokong-pakatan.html
style="width: 310px;"> Menurut beliau, hari ini, suasana sudah berubah. Setelah lebih 60 tahun BN memerintah Perak, rakyatnya tidak boleh berbangga lagi.
Ekonomi negeri Perak jelasnya, amat lembab kerana pentadbiran kerajaan yang lemah dan pengurusan dana yang tidak cekap.
“Akhirnya negeri Perak diisythiharkan sebagai negeri kedua termiskin di Malaysia. Rakyat Perak bukan sahaja berasa malu tetapi teramat kecewa dengan kerajaan BN yang memundurkan negeri itu,” tambah Ketua Sekretariat Pakatan Harapan (PH) Perak itu.
Jelas Sivakumar, banyak kilang-kilang ditutup di merata negeri Perak. Banyak juga perniagaan-perniagaan di sekitar Perak terpaksa mengulung tikar kerana keruntuhan ekonomi yang keterlaluan sejak beberapa tahun yang lalu.
Hal ini ujarnya, menyebabkan ramai yang kehilangan pekerjaan, sekali gus kadar pengangguran semakin meningkat di negeri itu.
Akibatnya kata beliau lagi, ramai daripada kalangan tenaga muda dan tenaga pakar terpaksa berpindah ke negeri lain untuk mencari rezeki.
“Lantaran itu, Perak mengalami masalah ‘brain drain’ yang amat serius. Tetapi, Kerajaan BN tidak mengambil peduli mengenai hal ini,” katanya.
Tambah beliau, rakyat negeri Perak sekali akan diuji pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti.
“Apakah pilihan mereka, BN atau PH? Saya percaya, rakyat Perak akan mengulangi sokongan seperti PRU12. PH akan membentuk kerajaan baharu di negeri Perak selepas PRU14.
Katanya, kemenangan PH di negeri Perak adalah perlu dan penting untuk membolehkan rakyatnya terus maju ke hadapan seperti di Selangor dan Pulau Pinang.
“Kita tidak mahu melihat rakyat negeri Perak ketinggalan dalam perjalanan menuju mercu kemajuan dan pembangunan,” katanya.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :