Judul : RUU Antiberita Tidak Benar: Kerajaan keliru tujuan, halang kebebasan bersuara rakyat
link : RUU Antiberita Tidak Benar: Kerajaan keliru tujuan, halang kebebasan bersuara rakyat
RUU Antiberita Tidak Benar: Kerajaan keliru tujuan, halang kebebasan bersuara rakyat
Demikianlah Artikel RUU Antiberita Tidak Benar: Kerajaan keliru tujuan, halang kebebasan bersuara rakyat
Sekianlah artikel RUU Antiberita Tidak Benar: Kerajaan keliru tujuan, halang kebebasan bersuara rakyat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel RUU Antiberita Tidak Benar: Kerajaan keliru tujuan, halang kebebasan bersuara rakyat dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2018/03/ruu-antiberita-tidak-benar-kerajaan.html
Rang Undang-undang (RUU) Antiberita Tidak Benar 2018 disifatkan sebagai satu pengubalan undang-undang yang memihak kepada kerajaan Umno-BN dan tidak menjaga hak kebebasan bersuara rakyat kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pengerusi Pakatan Harapan itu berkata, amat jelas kerajaan keliru dan tidak tahu tujuan sebenarnya untuk mengubal undang-undang tersebut.
“Tujuan undang-undang ini digubal adalah politikal, tidak ada sama sekali niat untuk menjaga hak rakyat supaya tidak ada tuduhan palsu terhadap mereka.
“Amat jelas sekali mereka keliru dan tidak tahu apa sebenarnya tujuan (gubal undang-undang) selain daripada tujuan politik.
“Ini kerana mereka adakan satu lagi undang-undang sedangkan undang-undang lain (sedia ada) sudahpun cukup, tetapi dibuat (digubal) dengan cara yang boleh beri kerajaan kuasa untuk menahan pengkritik kerajaan.
“Sebaliknya kita (pembangkang) buat kenyataan yang benar dinafikan mereka. Maka tidak ada tindakan akan diambil kerana keputusan itu akan terpulang kepada pendakwaraya,” ujarnya dalam sidang media hari ini.
Dr Mahathir dan beberapa pimpinan pembangkang antaranya Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir ke taklimat penerangan dikalangan ahli parlimen pembangkang hari ini.
Taklimat selama sejam itu turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdan Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said dan dikalangan menteri serta pegawai dibeberapa kementerian dan Jabatan Peguam Negara.
Semalam RUU Antiberita Tidak Benar 2018 telah dibentangkan di Parlimen bagi pendengaran kali pertama.
Sebahagian daripada 14 fasal yang terkandung dalam RUU tersebut memperuntukan hukuman denda hingga RM500,000 atau 10 tahun penjara terhadap individu yang didapati bersalah.