Selamat datang ke alam realiti kawalan Big Brother

Selamat datang ke alam realiti kawalan Big Brother - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Selamat datang ke alam realiti kawalan Big Brother, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Selamat datang ke alam realiti kawalan Big Brother
link : Selamat datang ke alam realiti kawalan Big Brother

Baca juga


Selamat datang ke alam realiti kawalan Big Brother



Demikianlah Artikel Selamat datang ke alam realiti kawalan Big Brother

Sekianlah artikel Selamat datang ke alam realiti kawalan Big Brother kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Selamat datang ke alam realiti kawalan Big Brother dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2018/03/selamat-datang-ke-alam-realiti-kawalan.html
SEMUA orang akan menerima kesan apabila Rang Undang-Undang Antiberita Tidak Benar 2018 diluluskan.
Secara mudah, undang-undang ini membolehkan pihak berkuasa mengolah dan menakrifkan yang mana fakta dan yang mana cereka.
Ia akan membolehkan pihak berkuasa menentukan saiz padang bola sepak, lebar dan tinggi gawang gol, mengikut keadaan.
Malah, ia juga boleh memberi takrif berbeza untuk nasi lemak mengikut masa tertentu.
Dalam kata lain, anda berada di alam realiti kawalan Big Brother. Ia menentukan apakah realiti dan bukan realiti, tidak kiralah jika ia berada di luar wilayah takluk mahupun perairan Malaysia.
Malaysia bukanlah negara yang tiada undang-undang. Kita ada Akta Fitnah 1957, yang menakrifkan fitnah secara pertuturan mahupun secara bertulis. Kita juga ada Akta Komunikasi dan Multimedia 1988, dengan memperuntukkan hukuman kepada orang yang menyalahguna rangkaian untuk berdusta.
Ya, dusta. Berita palsu, segala-gala yang palsu. Lengkap dengan takrif yang luas ke atas kesalahan dan hukuman, namun tidak seluas atau sekeras undang-undang yang dicadangkan oleh kerajaan Barisan Nasional.
Undang-undang ini mungkin menyebut bahawa kuasanya meliputi seluruh dunia, namun ia adalah untuk mengawal orang yang tinggal di Malaysia. Ia memenjara pemikiran dan membendung kebebasan bersuara yang kini menjadi milik pihak berkuasa.
Ini bermakna anda boleh berfikir, tetapi anda tidak boleh berkongsi fikiran tersebut. Ini bermaksa kebenaran yang anda fikirkan mungkin satu kepalsuan menurut kerajaan memerintah.
Akhirnya, kerajaan yang memerintah ini akan mengawal dan menguasai naratif – tidak kiralah apa yang diperkatakan oleh orang lain di seluruh dunia. Kita akan menjadi negara yang paling sejahtera dan paling moderat kerana kerajaan menyatakannya sedemikian.
Bayangkan Korea Utara. Kita akan menjadi begitu – hanya syurgawi khayalan.
Undang-undang ini lebih baik berbanding "Green Dam" atau apa sahaja undang-undang keselamatan untuk menyaring berita dan mengawal internet. Sebabnya, anda akan berasa gerun untuk memendam pemikiran yang bertentangan dengan naratif kerajaan.
Anda perlu memikirkan mengapa sebuah kerajaan yang sebegitu yakin ini perlu menggubal undang-undang sebegini. Anda perlu fikir mengapa kerajaan memberi alasan bahawa naratif mereka sahaja boleh dianggap sebagai kebenaran, dan perkara lain yang bertentangan sebagai palsu.
Begitupun, satu-satunya cara untuk menentang undang-undang ini adalah dengan mengetahui perkara benar dan mengulanginya kepada pihak yang mendakwanya sebagai tidak benar.
Para Rasul terdahulu juga terpaksa menempuhi tuduhan yang sama, sehinggalah mereka terbukti benar.

Subscribe to receive free email updates: