Judul : Skandal 1MDB: BAGAIMANA MANUSIA INI BOLEH BERKAWAN BAIK DENGAN PEMBESAR NEGARA
link : Skandal 1MDB: BAGAIMANA MANUSIA INI BOLEH BERKAWAN BAIK DENGAN PEMBESAR NEGARA
Skandal 1MDB: BAGAIMANA MANUSIA INI BOLEH BERKAWAN BAIK DENGAN PEMBESAR NEGARA
Demikianlah Artikel Skandal 1MDB: BAGAIMANA MANUSIA INI BOLEH BERKAWAN BAIK DENGAN PEMBESAR NEGARA
Sekianlah artikel Skandal 1MDB: BAGAIMANA MANUSIA INI BOLEH BERKAWAN BAIK DENGAN PEMBESAR NEGARA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Skandal 1MDB: BAGAIMANA MANUSIA INI BOLEH BERKAWAN BAIK DENGAN PEMBESAR NEGARA dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2018/03/skandal-1mdb-bagaimana-manusia-ini.html
RAMPASAN KAPAL MEWAH JHO LOW : MARUAH NEGARA SEMAKIN TERDEDAH, PEMIMPIN NEGARA TIDAK RASA BERSALAH
1. Tindakan kerajaan Indonesia merampas kapal layar mewah di Bali milik hartawan kontroversi Low Taek Jho @ Jho Low yang didakwa diperoleh menggunakan wang 1MDB begitu menggemparkan dan memalukan negara.
Media Indonesia melaporkan operasi merampas kapal bernama The Equanimity yang dibina dan diselenggarakan dengan menggunakan lebih daripada AS$250 juta daripada dana 1MDB adalah hasil kerjasama polis Indonesia dan Biro Siasatan Persekutuan (FBI), AS.
2. Isu 1MDB bagi Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat sudah menjadi isu global dengan negara Indonesia termasuk antara antara negara yang melancarkan ‘serangan’ dan buruan ke atas semua yang berkaitan dengan 1MDB.
Indonesia, walaupun jiran dan saudara serumpun dengan Malaysia, bertindak tegas tanpa kompromi terhadap kapal itu. Timbalan Pengarah Jenayah Ekonomi dan Khas Kombes Daniel Silitonga memberi jawapan yang begitu tegas iaitu : ” Yang penting, pada prinsipnya, kejahatan jangan sampai menang. Undang-undang yang harus menang.”
3. Isu rampasan kapal layar ini sepatutnya telah sampai ke titik terakhir kerajaan dan rakyat Malaysia. Jika AS dan seluruh dunia begitu tegas dalam soal menjulang keadilan dan menentang kezaliman, tidak wajar bagi Malaysia mendiamkan diri begitu sahaja.
Isu 1MDB sudah tidak mampu disembunyikan kerana ‘bangkai dinasour’ ini sudah berbau busuknya ke seluruh dunia. Apakah kita tidak malu ketika seluruh dunia memerangi korupsi, rasuah, penyelewengan dan ketidak adilan yang berpunca dari negara ini, Malaysia mengambil sikap membisu serta mendiamkan diri.
Malah Peguam Negara AS Jeff Sessions menyifatkan skandal 1MDB kleptokrasi paling teruk di dunia dengan lebih AS $ 4.5 bilion secara keseluruhan penggubahan wang haram dibuat menerusi urus niaga haram yang kompleks dan syarikat cengkerang dengan akaun bank di pelbagai negara seperti Switzerland, Singapura, Luxembourg dan Amerika Syarikat.
RAMPAS KAPAL PENCURI DUIT 1MDB BUKAN CAMPUR TANGAN ASIN
4. Dalam rampasan di Bali semalam juga, 34 orang anak kapal berada di situ tetapi tiada kelibat Jho Low dilaporkan. Beliau adalah suspek yang disasarkan namun mujur beliau tiada di dalam kapal terbabit. Jho Low sudah menjadi pelarian dengan banyak negara melancarkan operasi memburu beliau seumpama pengganas antarabangsa.
Nama beliau cepat naik tetapi beliau populariti dengan cara yang amat memalukan negara. Saya hairan bagaimana manusia seperti ini boleh berkawan dengan pembesar negara, menjadi anak emas pemimpin negara, hidup bebas dan mewah hasil ‘duit haram’ dan aset milik negara.
Read More / Baca Lagi >>