Skandal 1MDB: 'Isu kapal Jho Low lagi kecil dari berita dikencing kuda?'

Skandal 1MDB: 'Isu kapal Jho Low lagi kecil dari berita dikencing kuda?' - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Skandal 1MDB: 'Isu kapal Jho Low lagi kecil dari berita dikencing kuda?', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Skandal 1MDB: 'Isu kapal Jho Low lagi kecil dari berita dikencing kuda?'
link : Skandal 1MDB: 'Isu kapal Jho Low lagi kecil dari berita dikencing kuda?'

Baca juga


Skandal 1MDB: 'Isu kapal Jho Low lagi kecil dari berita dikencing kuda?'



Demikianlah Artikel Skandal 1MDB: 'Isu kapal Jho Low lagi kecil dari berita dikencing kuda?'

Sekianlah artikel Skandal 1MDB: 'Isu kapal Jho Low lagi kecil dari berita dikencing kuda?' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Skandal 1MDB: 'Isu kapal Jho Low lagi kecil dari berita dikencing kuda?' dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2018/03/skandal-1mdb-isu-kapal-jho-low-lagi.html
Bekas pengarang kanan Utusan Malaysia Ku Seman Ku Hussain menegur sikap media berdepan isu rampasan kapal Jho Low di Bali semalam.

“Ada akhbar yang spin (putar belit) berita ini dengan menyiarkan kenyataan Jho Low kononnya tindakan itu bermotif politik.
“Ada akhbar langsung tidak siar seolah-olah isu kapal mewah itu lebih kecil dari berita ketua cawangan yang dikencing kuda.
“Kenapa ada pihak di sini beriya-iya melindungi Jho Low?

"Orang tua tua kata kalau tempua bersarang rendah, adalah sesuatu,” katanya yang berundur dari Utusan pada 27 Mac 2016 dan dikaitkan dengan kelantangannya dalam isu 1MDB.Polis Indonesia dengan kerjasama Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) semalam merampas kapal layar mewah bernama Equanimity.
Jho Low atau nama sebenarnya Low Taek Jho melalui jurucakap menyifatkan Jabatan Keadilan (DOJ), AS "keterlaluan" kerana bertindak di peringkat global tetapi “tidak melihat kembali dakwaan yang bermotifkan politik dan penuh kelemahan”.
Laporan itu menghiasi dada pelbagai media antarabangsa dan Indonesia. Bagaimanapun di Malaysia situasinya berbeza apabila ia tidak dimuatkan akhbar utama Utusan, Berita Harian, The Star dan New Straits Times.

Bagaimanapun, Utusan, di versi atas taliannya hari ini, menyiarkan artikel mendakwa rampasan kapal itu tiada kaitan dengan 1MDB.
Berita Harian dalam versi atas taliannya pula memetik jurucakap Jho Low yang berkata rampasan itu tidak berasas dan bermotifkan politik.
The Star dan New Straits Times pula hanya melaporkan rampasan itu serta respon Low dalam versi atas talian mereka.

Erti kebodohan
Menulis di Facebook, Ku Seman menasihatkan pembaca berfikiran waras dengan membaca semua yang berlaku “dengan ketajaman dan keluasan akal fikiran”.
“Buktikan pada era pendemokrasian maklumat, tidak ada istilah di bawah tempurung kepada yang berfikir dan sentiasa pertajamkan pemikiran,” katanya.
Beliau turut memuat naik petikan kata dengan muka pelakon Hollywood terkenal Morgan Freeman yang bermaksud:
"Erti kebodohan: Tahu kebenaran, lihat kebenaran, tetapi masih percaya pembohongan."

Subscribe to receive free email updates: