Wartawan muda berbakat BBC, Hanna Yusuf meninggal dunia secara mengejut!

Wartawan muda berbakat BBC, Hanna Yusuf meninggal dunia secara mengejut! - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Wartawan muda berbakat BBC, Hanna Yusuf meninggal dunia secara mengejut!, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita Seleb, Artikel Hangat, Artikel Seleb, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Wartawan muda berbakat BBC, Hanna Yusuf meninggal dunia secara mengejut!
link : Wartawan muda berbakat BBC, Hanna Yusuf meninggal dunia secara mengejut!

Baca juga


Wartawan muda berbakat BBC, Hanna Yusuf meninggal dunia secara mengejut!



Demikianlah Artikel Wartawan muda berbakat BBC, Hanna Yusuf meninggal dunia secara mengejut!

Sekianlah artikel Wartawan muda berbakat BBC, Hanna Yusuf meninggal dunia secara mengejut! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Wartawan muda berbakat BBC, Hanna Yusuf meninggal dunia secara mengejut! dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2019/10/wartawan-muda-berbakat-bbc-hanna-yusuf.html
Dilahirkan di Somalia pada tahun 1992, Hanna dibesarkan di Netherlands dan menerima biasiswa Scott Trust bagi menyambung pengajiannya di peringkat Sarjana dalam bidang Kewartawanan di Universiti London pada 2017. - Gambar YouTube/@Star News
Wartawan muda berbakat BBC, Hanna Yusuf meninggal dunia secara mengejut

WARTAWAN berbakat BBC News, Hanna Yusuf, dilaporkan meninggal dunia secara mengejut pada usia 27 tahun.

Perkara itu disahkan oleh keluarga Allahyarham dalam satu kenyataan pada Isnin, bagaimanapun punca kematian Hanna tidak dimaklumkan.

Menurut kenyataan tersebut, pihak keluarga amat terkesan dan berduka dengan pemergian Allahyarham, selain meminta supaya diberikan ruang kepada mereka sekeluarga.

“Ramai akan mengenali Hanna atas sumbangan luar biasanya dalam dunia wartawan dan tempat kerjanya di BBC.

“Walaupun kami bersedih dengan kehilangannya, (namun) kami berharap legasi Hanna akan menjadi inspirasi dan pembakar semangat kepada rakan sekerja dan komuniti, dan kenangan indah beliau akan terus diingati,” demikian menurut kenyataan tersebut.


Sementara Pengarah BBC News, Fran Unsworth menyifatkan pemergian Hanna sebagai kehilangan besar dalam dunia wartawan.

“Hanna Yusuf adalah seorang wartawan muda berbakat yang sangat dikagumi di seluruh BBC dan ucapan takziah kami kepada seluruh ahli keluarga dan rakan-rakan,” katanya memetik Telegraph.

Hanna mencipta nama dalam dunia wartawan kerana artikel-artikel penyiasatan yang dihasilkan beliau termasuk laporan pendedahan mengenai nasib pekerja Costa Coffee yang didakwa tidak dibayar cuti sakit dan cuti tahunan, dan bekerja di luar kontrak.


Dilahirkan di Somalia pada tahun 1992, Hanna dibesarkan di Netherlands dan menerima biasiswa Scott Trust bagi menyambung pengajiannya di peringkat Sarjana dalam bidang Kewartawanan di Universiti London pada 2017.

Sebelum menyertai BBC, Hanna menulis untuk penerbitan seperti Guardian, The Independent, The Times, Berita Islam, the Pool dan Majalah Grazia.



"Kami kehilangan wartawan yang baik, bijak" - Kenalan Allahyarham Hanna 


PEMERGIAN wartawan muda berjiwa besar BBC News, Hanna Yusof ke rahmahtullah disifatkan sebagai kehilangan besar pada dunia kewartawanan.

Kematian secara mengejut wartawan berusia 27 tahun itu disambut dengan kedukaan oleh rakan-rakan seperjuangannya di bilik berita stesen berkenaan.


Bagi Pengarah BBC News, Fran Unsworth, sekalipun bersedih dengan pemergian Hanna, namun sumbangan besar Allahyarham dalam gelanggang kewartawanan akan menjadi kenangan abadi

“Hanna Yusuf adalah seorang wartawan muda berbakat yang sangat dikagumi di seluruh BBC dan ucapan takziah kami kepada seluruh ahli keluarga dan rakan-rakan,” kata Unsworth.

Pemergian Hanna juga amat dirasai keluarga Allahyarham yang dalam masa sama meminta supaya diberikan ruang kepada mereka sekeluarga.

“Ramai akan mengenali Hanna atas sumbangan luar biasanya dalam dunia wartawan dan tempat kerjanya di BBC.

“Walaupun kami bersedih dengan kehilangannya, (namun) kami berharap legasi Hanna akan menjadi inspirasi dan pembakar semangat kepada rakan sekerja dan komuniti, dan kenangan indah beliau akan terus diingati,” kata keluarga Allahyarham dalam satu kenyataan.

Dedikasi Hanna dalam bidang kewartawanan turut menarik perhatian penyampai BBC News at Six, George Alagiah.

Dalam ciapan di akaun Twitternya, Alagiah memberi penghormatan kepada Allahyarham dengan menulis: "Bilik berita kami telah kehilangan seorang wartawan muda berbakat. Kami bersimpati dengan ahli keluarga dan rakan-rakan lain."

Ketua pengarang Guardian, Katharine Viner pula berkata: "Berita yang amat mengejutkan apabila mengetahui bahawa wartawan yang berbakat dan yang cantik, Hanna telah meninggal dunia."
Bagi kenalan Allahyarham Hanna yang juga wartawan BBC, Sophia Smith Galer, rakannya yang meninggal dunia secara mengejut itu merupakan "orang yang paling baik, paling bijak dan paling menyenangkan di dalam bilik berita".

Hanna bekerja di bahagian portal agensi berita antarabangsa BBC News selain menjalankan tugas sebagai penerbit berita TV.

Wartawan muda itu turut fasih enam bahasa termasuk bahasa Somali dan bahasa Arab serta sering mengetengahkan isu-isu yang serius.

Hanna mencipta nama dalam dunia wartawan kerana artikel-artikel penyiasatan yang dihasilkan beliau termasuk laporan pendedahan mengenai nasib pekerja Costa Coffee yang didakwa tidak dibayar cuti sakit dan cuti tahunan selain bekerja di luar kontrak.

Dilahirkan di Somalia pada tahun 1992, Hanna dibesarkan di Netherlands dan menerima biasiswa Scott Trust bagi menyambung pengajiannya di peringkat Sarjana dalam bidang Kewartawanan di Universiti London pada 2017.

Hanna mula bekerja sebagai penyelidik di BBC untuk berita News at Six dan News at Ten pada Mei 2017 sebelum berpindah ke saluran berita BBC, News at One dan laman web.

Sebelum menyertai BBC, Hanna menulis untuk penerbitan seperti Guardian, The Independent, The Times, Muslim News, the Pool dan Majalah Grazia.

Pemergiannya secara mengejut telah mencetuskan reaksi duka yang sangat mendalam dalam kalangan pengamal media di seluruh dunia.



Subscribe to receive free email updates: