Polis ada hak untuk periksa handphone orang awam

Polis ada hak untuk periksa handphone orang awam - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Polis ada hak untuk periksa handphone orang awam, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita Seleb, Artikel Hangat, Artikel Seleb, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Polis ada hak untuk periksa handphone orang awam
link : Polis ada hak untuk periksa handphone orang awam

Baca juga


Polis ada hak untuk periksa handphone orang awam



Demikianlah Artikel Polis ada hak untuk periksa handphone orang awam

Sekianlah artikel Polis ada hak untuk periksa handphone orang awam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Polis ada hak untuk periksa handphone orang awam dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2019/11/polis-ada-hak-untuk-periksa-handphone.html
PDRM mempunyai hak untuk menyemak telefon bimbit orang awam untuk memastikan tiada sebarang bentuk komunikasi berunsur lucah, jelik, mengugut dan mengancam keselamatan orang lain dan negara.
Polis ada hak untuk periksa handphone orang awam

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai hak untuk menyemak telefon bimbit orang awam untuk memastikan tiada sebarang bentuk komunikasi berunsur lucah, jelik, mengugut dan mengancam keselamatan orang lain dan negara.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman berkata perkara itu dibenarkan untuk menjaga ketenteraman awam berdasarkan peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

“Bagaimanapun orang ramai perlu tahu hak mereka semasa semakan rambang dilakukan termasuk boleh meminta identiti pegawai polis yang melakukan pemeriksaan sebagai rekod jika ada pelanggaran prosedur operasi standard (SOP),” katanya pada sesi jawab lisan Persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Chan Ming Kai (PH-Alor Setar) yang bertanyakan sama ada terdapat laporan pelanggaran SOP dilakukan terhadap pihak polis semasa menyemak telefon bimbit orang awam.

Katanya jika orang awam merasakan ada pelanggaran SOP dilakukan oleh pihak polis, mereka boleh membuat laporan di mana-mana balai polis berhampiran atau di Bukit Aman.

Sementara itu, Mohd Azis berkata pihak polis akan menggunakan setiap elemen termasuk ‘phone-bugging’ atau tapping untuk memastikan siasatan dapat dijalankan jika timbul isu keselamatan yang dilaporkan melibatkan mana-mana pihak.

“Ia tidak mengenal sama ada orang itu ahli politik, ahli perniagaan atau sesiapa sahaja yang dirasakan mempunyai kebarangkalian untuk melakukan perkara-perkara yang menyentuh isu keselamatan, saya yakin pihak polis akan mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera) sama ada pihak polis menggunakan ‘phone-bugging’ atau ‘tapping’ untuk ahli politik blok pembangkang.

Sumber: Bernamaa

Subscribe to receive free email updates: