Judul : Kobe Bryant & Anak Perempuannya Gianna Meninggal Dunia Dalam Nahas Helikopter
link : Kobe Bryant & Anak Perempuannya Gianna Meninggal Dunia Dalam Nahas Helikopter
Kobe Bryant & Anak Perempuannya Gianna Meninggal Dunia Dalam Nahas Helikopter
Demikianlah Artikel Kobe Bryant & Anak Perempuannya Gianna Meninggal Dunia Dalam Nahas Helikopter
Sekianlah artikel Kobe Bryant & Anak Perempuannya Gianna Meninggal Dunia Dalam Nahas Helikopter kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kobe Bryant & Anak Perempuannya Gianna Meninggal Dunia Dalam Nahas Helikopter dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2020/01/kobe-bryant-anak-perempuannya-gianna.html
Legenda bola keranjang dan NBA yang berusia 41 tahun itu berada di dalam helikopter peribadi apabila ia terhempas, sebelum menghasilkan api yang marak.
Juara lima kali NBA itu disifatkan sebagai salah seorang atlet terbaik sepanjang zaman dalam sukan bola keranjang.Sedih dan pilu mendengar berita kematian Kobe Bryant dalam nahas helikopter.
Kobe Bryant: 23 Ogos, 1978 – 26 Januari, 2020
Kobe Bryant: 23 Ogos, 1978 – 26 Januari, 2020
Kobe Bryant mula bergelar pemain profesional pada tahun 1996 pada berusia 20 tahun.
Sepanjang kariernya, Kobe Bryant hanya pernah bermain untuk kelab Los Angeles (LA) Lakers.
Antara pencapaian menakjubkan Bryant adalah membantu pasukannya menang lima trofi kejuaraan NBA, dua pingat emas olimpik serta empat kali dipilih sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP).
Selain Bryant, antara identiti penumpang yang turut menjadi mangsa nahas dan turut terkorban adalah anak perempuan beliau berusia 13 tahun, Gianna.
Dalam satu kenyataan Majlis Perbandaran Calabasas berkata:
“Dengan penuh kesedihan kita telah kehilangan Kobe Bryant dan empat yang lain kepada nahas helikopter.
“Helikopter tersebut terhempas di kawasan pedalaman di Las Virgenes, sekitar 10:00 pagi (waktu tempatan) pada hari ini.
“Tidak ada orang lain di kawasan sekitar terbabit,” jelas kenyataan tersebut.
Seorang saksi kejadian, Gavin Masak berkongsi dengan CBS News saat helikopter itu menyembah bumi.
“Ia bukannya bunyi seperti letupan, tetapi ia adalah bunyi boom yang kuat. Ia kedengaran seeperti sebuah helikopter, juga seperti bunyi sebuah jet.
“Jadi saya masuk ke rumah dan memberitahu ayah saya apa yang telah berlaku. Apabila saya kembali ke halaman, asap sudah berkepul-kepul di sebalik bukit,” jelas beliau.
Seorang lagi saksi kejadian memberitahu satu lagi media berita, TMZ enjin helikopter kedengaran seperti mengeluarkan bunyi yang pelik sebelum terhempas.
Jabatan Sherif LA County berkongsi beberapa gambar dari kawasan nahas, menunjukkan beberapa kenderaan bomba dan asap yang kelihatan di sebalik bukit.
Pihak Pentadbir Penerbangan Amerika Syarikat pula mengesahkan helikopter yang terhempas itu adalah dari jenis Sikorsky S-76.
Kejadian yang menimpa helikopter malang ini akan disiasat secara bersama dengan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Amerika Syarikat.
Akan lebih banyak maklumat diketahui selepas ini setelah pegawai yang bertugas dengan nahas melakukan sidang media.
R.I.P Kobe!