Judul : Hasrat Anwar jadi PM ke-8 musnah
link : Hasrat Anwar jadi PM ke-8 musnah
Hasrat Anwar jadi PM ke-8 musnah
Demikianlah Artikel Hasrat Anwar jadi PM ke-8 musnah
Sekianlah artikel Hasrat Anwar jadi PM ke-8 musnah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Hasrat Anwar jadi PM ke-8 musnah dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2020/02/hasrat-anwar-jadi-pm-ke-8-musnah.html
Perkhianatan Bersatu & segelintir pemimpin PKR
Desas desus pembentukan kerajaan baharu sedang hangat diperkatakan sejak semalam dan pertemuan pemimpin tertinggi tiga parti menguatkan lagi dakwaan itu.Dalam pertemuan yang diadakan di Hotel Sheraton, Petaling Jaya sebentar tadi dihadiri oleh Presiden PAS, Presiden UMNO dan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Selain itu, turut kelihatan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Naib Presiden PKR, Zuraida Kamarudin.
Sementara itu, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa ada percubaan segelintir pihak untuk mengkhianat kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Katanya, percubaan itu membabitkan Bersatu dan segelintir pemimpin dari parti PKR sendiri.
Namun, Anwar sedang menunggu maklumat lanjut dan dalam kenyataannya yang disiarkan oleh Harian Metro, Anwar sudah menganggap Bersatu sebagai 'bekas rakan'.
"Mereka sudah bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong petang tadi, namun belum ada pengumuman lanjut," katanya yang juga tidak mempunyai maklumat penuh mengenai penubuhan kerajaan baharu.
Di media sosial, ada netizen yang sangat berharap spekulasi mengenai penubuhan kerajaan baharu itu menjadi kenyataan kerana mereka kecewa dengan prestasi PH selepas PRU14.
Tidak kurang juga, ada yang mempersoalkan apakah nasib sesetengah pemimpin UMNO yang disabitkan di mahkamah atas kes penyalahgunaan kuasa dan rasuah akan terus dibicarakan atau dilepaskan begitu sahaja.