Padah joging semasa PKP, PAKAR kardiologi diheret ke mahkamah

Padah joging semasa PKP, PAKAR kardiologi diheret ke mahkamah - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Padah joging semasa PKP, PAKAR kardiologi diheret ke mahkamah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita Seleb, Artikel Hangat, Artikel Seleb, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Padah joging semasa PKP, PAKAR kardiologi diheret ke mahkamah
link : Padah joging semasa PKP, PAKAR kardiologi diheret ke mahkamah

Baca juga


Padah joging semasa PKP, PAKAR kardiologi diheret ke mahkamah



Demikianlah Artikel Padah joging semasa PKP, PAKAR kardiologi diheret ke mahkamah

Sekianlah artikel Padah joging semasa PKP, PAKAR kardiologi diheret ke mahkamah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Padah joging semasa PKP, PAKAR kardiologi diheret ke mahkamah dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2020/03/padah-joging-semasa-pkp-pakar.html
Berdasarkan laporan Sin Chew Daily, Dr Ong minta dibicarakan atas kedua-dua pertuduhan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.
Padah joging semasa PKP, pakar jantung diheret ke mahkamah

Gara-gara berkeras mahu bersenam dengan berjoging di taman awam semasa pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP), pakar jantung Dr Ong Hean Teik diheret ke Mahkamah Majistret Pulau Pinang dan berdepan dua pertuduhan.

Seksyen 186 memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Manakala Peraturan 3(1) pula memperuntukkan denda maksimum RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.


Video bantahan Dr Ong semasa ditahan baru-baru ini tular di laman sosial.




Majistret kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM13,000 dan menetapkan 9 Jun untuk pendengaran kes.

Mahkamah turut mengarahkan doktor berusia 60 tahun itu menyerahkan pasportnya dan melaporkan diri ke balai polis setiap bulan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Dr Ong keluar berjoging seorang diri di sebuah taman rekreasi dan berhujah dengan penguatkuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) bahawa tindakannya itu tidak salah dan semata-mata demi kesihatannya.


Rakaman pertingkahannya dengan penguatkuasa berkenaan menjadi tular, menyebabkan polis menyiasatnya kerana melanggar PKP.

Kerajaan menguatkuasakan PKP di seluruh negara bermula 18 Mac hingga 31 Mac bagi membendung penularan wabak Covid-19. Perintah itu kemudiannya dilanjutkan hingga 14 April.

Sejak semalam, Malaysia mencatatkan 2,740 kes jangkitan Covid-19 dan 34 kematian.

Sementara itu, Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob berkata masih ramai rakyat yang tidak mengendahkan PKP meskipun pihak berkuasa telah mengambil tindakan lebih tegas.


Pada Sabtu lepas sahaja, beliau mendedahkan seramai 649 ditahan atas kesalahan itu.

Subscribe to receive free email updates: