Total Lockdown Red Zone bermula di Simpang Renggam, Johor

Total Lockdown Red Zone bermula di Simpang Renggam, Johor - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Total Lockdown Red Zone bermula di Simpang Renggam, Johor, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita Seleb, Artikel Hangat, Artikel Seleb, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Total Lockdown Red Zone bermula di Simpang Renggam, Johor
link : Total Lockdown Red Zone bermula di Simpang Renggam, Johor

Baca juga


Total Lockdown Red Zone bermula di Simpang Renggam, Johor



Demikianlah Artikel Total Lockdown Red Zone bermula di Simpang Renggam, Johor

Sekianlah artikel Total Lockdown Red Zone bermula di Simpang Renggam, Johor kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Total Lockdown Red Zone bermula di Simpang Renggam, Johor dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2020/03/total-lockdown-red-zone-bermula-di.html
Kawasan Kampung Dato Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato Ibrahim Majid menempatkan 3,570 penduduk yang dikenakan perintah 'berkurung' dalam rumah masing-masing mulai tengah malam ini hingga 9 April.
COVID-19: 3,570 penduduk Simpang Renggam diperintah 'berkurung' dalam rumah

Dua kawasan penduduk di Simpang Renggam, Johor menjadi lokasi pertama dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai tengah malam ini, selepas 61 penduduknya dikesan positif COVID-19.

Kampung Dato' Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato' Ibrahim Majid di Simpang Renggam,Kluang adalah lokasi pertama dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan PKPD.

Seramai 3,750 penduduk Kampung Simpang Renggam diarahkan duduk dirumah dan tiada siapa dibenarkan keluar untuk sebarang urusan biarpun bagi urusan pembelian barang keperluan.


Sebarang aktiviti perniagaan diarahkan berhenti dan laluan keluar masuk akan disekat oleh ATM dan PDRM.

Pelawat dari luar ditegah untuk memasuki zon PKPD dan akan dihalau keluar sekiranya berdegil.

Sesiapa yang ingkar akan ditahan serta merta oleh ATM dan PDRM dengan kerjasama Rela dan JPAM yang akan menguatkuasakan PKPD bermula 12.01 malam 27032020. PKPD ini akan berakhir pada 09042020.

PKPD dikuatkuasakan selepas 61 penduduk dikawasan berkenaan positif Covid 19.

MKN telah dinasihat oleh Menteri kesihatan untuk melaksanakan PKPD bagi tujuan saringan secara berskala besar bagi tujuan Mass Testing bagi mengesan lagi PUI yang positif +Ve.

Pihak ATM dan KKM akan menyediakan dan membina Medical Base di kawasan berkenaan bagi memudahkan operasi kesihatan dan pencegahan NCovid dijalankan secara berpusat di kawasan berkenaan.

Penduduk dikehendaki memberi kerjasama kepada staff KKM yang akan hadir setiap rumah penduduk bagi tujuan Saringan dan pengambilan sampel secara swab.

Jangan risau, bekalan makanan asas akan disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tempoh 14 hari PKPD.

Tabah Kan Hati


Ikut kan Arahan Pihak ATM dan PDRM

Duduklah Diam Diam Di Rumah


Dua kawasan itu ialah Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid di Simpang Renggam, Kluang.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata tindakan itu dibuat atas nasihat Menteri Kesihatan susulan jumlah jangkitan positif COVID-19 yang tinggi di daerah Kluang.

Katanya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati 83 kes positif COVID-19 di Kluang dan daripada jumlah itu, 61 kes adalah dari Kampung Dato' Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato' Ibrahim Majid.

"Perintah PKPD membabitkan 3,570 orang penduduk tempatan terdiri daripada 650 keluarga.

"Perintah ini akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini hingga 9 April depan." katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tujuan PKPD dilaksanakan adalah untuk membendung jangkitan COVID-19 daripada menular keluar dari kawasan tersebut.

Langkah ini akan membolehkan aktiviti pengesanan kes dari rumah ke rumah dilaksanakan sepanjang tempoh 14 hari.

Justeru, Ismail Sabri turut meminta semua penduduk di kawasan berkenaan diminta bertenang dan memberi kerjasama penuh kepada petugas KKM serta mematuhi semua arahan pihak berkuasa.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Susulan pelaksanaan PKPD ini:

# Semua penduduk tempatan dan pelawat yang telah berada di kedua-dua kawasan tidak dibenarkan keluar rumah sepanjang tempoh PKPD dikuatkuasakan.

# Bukan penduduk tempatan dan pelawat tidak dibenarkan masuk ke kedua-dua kawasan sepanjang tempoh PKPD dikuatkuasakan.

# Semua aktiviti perniagaan dihentikan.

# Makanan asas yang mencukupi untuk tempoh 14 hari akan dibekalkan kepada semua penduduk tempatan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

# Pangkalan Perubatan (Medical Base) akan dibuka di kawasan PKPD.

# Semua laluan keluar masuk kawasan PKPD ditutup.

# Bagi memastikan pematuhan perintah ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan mengawal seluruh kawasan.

# Bagi pelaksanaan perintah ini, semua penduduk diminta untuk bertenang dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada petugas-petugas dari KKM serta mematuhi semua arahan pihak berkuasa.

# Penduduk yang memerlukan bantuan atau mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian khas 07-7735224 / 07-7722434.

Subscribe to receive free email updates: