Selayang Baru kini di bawah PKPD ketujuh

Selayang Baru kini di bawah PKPD ketujuh - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Selayang Baru kini di bawah PKPD ketujuh, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita Seleb, Artikel Hangat, Artikel Seleb, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Selayang Baru kini di bawah PKPD ketujuh
link : Selayang Baru kini di bawah PKPD ketujuh

Baca juga


Selayang Baru kini di bawah PKPD ketujuh



Demikianlah Artikel Selayang Baru kini di bawah PKPD ketujuh

Sekianlah artikel Selayang Baru kini di bawah PKPD ketujuh kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Selayang Baru kini di bawah PKPD ketujuh dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2020/04/selayang-baru-kini-di-bawah-pkpd-ketujuh.html
Kanak - kanak di kawasan PKPD Selayang. | Foto Shafiq Hashim
Selayang Baru kini di bawah PKPD ketujuh

Kerajaan memutuskan enam parcel di Selayang Baru, Gombak, Selangor, diisytiharkan sebagai kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula hari ini hingga 3 Mei.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata tindakan itu diambil susulan nasihat Menteri Kesihatan.
Enam parcel berkenaan membabitkan Zon A iaitu di Jalan Indah 3 dan Jalan Indah 5A, Selayang Indah; Zon B (Jalan Indah 21, Lembah Indah, Selayang Baru); Zon C (Jalan Besar Selayang Baru, Jalan 1 dan Jalan Indah 21); Zon D (Jalan 3, 5, 7 dan 9); Zon E (Jalan 2, 4, 6 dan 8) dan Zon F (Blok A, B dan C, Selayang Makmur).

"PKPD ketujuh ini dilaksanakan untuk membendung jangkitan COVID-19, setelah mengambil kira kebarangkalian jalinan jangkitan COVID-19 di Pasar Harian Kuala Lumpur dan Pasar Borong Kuala Lumpur.

"Langkah ini akan membolehkan aktiviti pengesanan dilaksanakan sepanjang tempoh ini berkuat kuasa.

"Dengan pelaksanaan perintah ini, semua penghuni tidak dibenarkan keluar dari kawasan PKPD sepanjang tempoh perintah dikuatkuasakan manakala bukan penghuni dan pelawat tidak dibenarkan masuk ke kawasan itu," katanya selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sini, hari ini.

Seperti PKPD di enam kawasan lain, Ismail Sabri berkata, semua aktiviti perniagaan di kawasan PKPD di Selayang Baru juga dihentikan, manakala semua laluan keluar masuk ke kawasan berkenaan ditutup.

Bagi memastikan perintah berkenaan dilaksanakan, kawalan akan dilakukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) serta Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

Bagi memudahkan penduduk yang tidak boleh keluar dari kawasan yang dikenakan PKPD, Pangkalan Perubatan (Medical Base) juga dibuka di situ, bagi proses pemeriksaan kesihatan dan perkara berkaitan.

"Semua penghuni diminta bertenang dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta mematuhi semua arahan pihak berkuasa.

"Penghuni yang memerlukan bantuan atau mempunyai pertanyaan boleh menghubungi Talian Bencana Daerah Gombak 03-61201092 atau 03-61261500; Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak di talian 03-61262247 dan 03-61262240," katanya.

Pada masa sama, Ismail Sabri berkata, beliau dihubungi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun, bahawa keperluan makanan sudah mula diedarkan dengan bantuan petugas dan agensi yang berkaitan.

"Kita sudah mula edarkan hari ini lagi supaya tidak timbul isu yang berkaitan dengan bekalan makanan dan sebagainya. Seperti biasa, jika ada keperluan lain selain barang makanan, penduduk juga boleh menghubungi pusat operasi dan talian bencana daerah Gombak untuk mendapatkan bekalan lain seperti susu dan lampin bayi dan apa saja yang diperlukan mereka.

"Penduduk juga boleh menghubungi talian berkenaan jika ada kecemasan selain keperluan untuk Orang Kelainan Upaya (OKU) yang memerlukan penjagaan rapi, talian ini boleh juga digunakan.

"Pegawai kita sentiasa berada di pusat operasi bagi membantu penduduk yang dikenakan PKPD ini," katanya.

Sebelum ini, kerajaan memutuskan untuk meletakkan Pusat Bandar Utara dan kawasan sekitar Pasar Borong Selayang, di Kuala Lumpur, dalam status PKPD mulai 20 April ini sehingga 3 Mei hadapan.

PKPD turut dilaksanakan di lima kawasan berikut hingga 28 April ini iaitu, Kampung Dato Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato Ibrahim Majid, Simpang Renggam, Johor; Kampung Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor; Menara City One, Kuala Lumpur.

Bangunan Selangor Mansion dan Malayan Mansion, Kuala Lumpur; Masjid India di Kuala Lumpur dan sekitarnya merangkumi Jalan Munshi Abdullah, Jalan Dang Wangi, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Tun Perak, Jalan Melaka dan Jalan Ampang.

Sementara itu, mengenai cadangan supaya aplikasi MySejahtera turut dilengkapi dengan bahasa lain seperti Bahasa Mandarin dan Tamil, bagi kemudahan orang awam, Ismail Sabri berkata, ia satu cadangan yang akan diperhalusi.

"Setakat hari ini kita gunakan satu bahasa dulu dan kalau ada keperluan, insya-Allah kita akan bincang dengan lebih terperinci lagi," katanya.

MySejahtera adalah aplikasi yang dibangunkan kerajaan untuk membantu dalam aspek pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri.


Pada masa yang sama, ia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.


Subscribe to receive free email updates: