Judul : Teknologi Diagnostik AI Wuhan sepantas 10 saat kini tiba di Malaysia
link : Teknologi Diagnostik AI Wuhan sepantas 10 saat kini tiba di Malaysia
Teknologi Diagnostik AI Wuhan sepantas 10 saat kini tiba di Malaysia
Demikianlah Artikel Teknologi Diagnostik AI Wuhan sepantas 10 saat kini tiba di Malaysia
Sekianlah artikel Teknologi Diagnostik AI Wuhan sepantas 10 saat kini tiba di Malaysia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Teknologi Diagnostik AI Wuhan sepantas 10 saat kini tiba di Malaysia dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2020/04/teknologi-diagnostik-ai-wuhan-sepantas.html
Kemampuan barisan hadapan Malaysia memerangi COVID-19 mendapat sentuhan Revolusi Perindustrian 4.0 dengan tibanya teknologi kecerdasan bantuan (AI) yang berjaya diaplikasi di Wuhan, China.
Pada awal Jumaat, sistem yang membantu meningkatkan diagnostik pengesanan di dua Hospital Khas Covid di Wuhan siap dipasang di Hospital Kuala Lumpur.Khabar baik itu dikongsi Naib Presiden syarikat di sebalik teknologi ini, Skymind Neurobionix, Eduardo Gonzalez, secara eksklusif dalam rancangan bual bicara Agenda AWANI pada Jumaat malam.
Di Wuhan, Hospital Huo Shen Shan dan Hospital Lei Shen Shan berupaya menganalisis pengimejan imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) hanya dalam 10 saat.
Sistem yang dijenamakan Axial AI ini berjaya membantu bukan sahaja kerana diagnostik yang lebih pantas, malah pengurusan sumber kritikan yang lebih efisien.
“Apa yang menarik tentang sistem ini ia bukan seperti sistem awan (cloud). Kami berjaya memasang terus sistem pelayan komputer yang ada di makmal Neurobionix Malaysia dan memasangkan sistem itu pagi tadi (Jumaat),” katanya.
“Saya berada di Hospital Kuala Lumpur untuk memastikan para doktor tahu menggunakannya dan bagaimana ia boleh digabungkan dalam ujian diagnostik pada masa akan datang.
“Ia sangat mengujakan kerana buat kali pertama ia dibawa keluar dari China meskipun ia mengambil masa tiga tahun untuk dibangunkan di makmal di negara tembok besar itu,” tambahnya lagi.
Beliau percaya sistem ini dapat disesuaikan dengan mudah kepada keperluan ekosistem tempatan.
Cabarannya ialah untuk memastikan data, capaian jalur lebar dan juga rangkaian data termasuk isu hak perkongsian data tidak menghalang potensi teknologi Revolusi Perindustrian 4.0 ini di Malaysia.