Boleh mula bawa anak masuk pusat beli-belah dan restoran: Ismail Sabri

Boleh mula bawa anak masuk pusat beli-belah dan restoran: Ismail Sabri - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Boleh mula bawa anak masuk pusat beli-belah dan restoran: Ismail Sabri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita Seleb, Artikel Hangat, Artikel Seleb, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Boleh mula bawa anak masuk pusat beli-belah dan restoran: Ismail Sabri
link : Boleh mula bawa anak masuk pusat beli-belah dan restoran: Ismail Sabri

Baca juga


Boleh mula bawa anak masuk pusat beli-belah dan restoran: Ismail Sabri



Demikianlah Artikel Boleh mula bawa anak masuk pusat beli-belah dan restoran: Ismail Sabri

Sekianlah artikel Boleh mula bawa anak masuk pusat beli-belah dan restoran: Ismail Sabri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Boleh mula bawa anak masuk pusat beli-belah dan restoran: Ismail Sabri dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2020/06/boleh-mula-bawa-anak-masuk-pusat-beli.html
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bercakap pada sidang media harian mengenai perkembangan terkini Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Bangunan Perdana Putra hari ini. - Foto Bernama
Boleh mula bawa anak masuk pusat beli-belah dan restoran: Ismail Sabri

Tiada larangan untuk membawa kanak-kanak ke tempat awam termasuk pusat beli-belah dan restoran, namun perlu mematuhi penjagaan kesihatan sewaktu negara sedang berdepan wabak koronavirus (Covid-19).

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tiada peruntukan atau hukuman dikenakan ke atas ibu bapa yang membawa kanak-kanak ke kawasan awam berkenaan kerana ia tidak diwartakan.

“Tidak ada tegahan untuk tidak benarkan kanak-kanak pergi membeli mainan, beli-belah dan sebagainya bersama ibu bapa mereka.

“Cuma sering kali saya nasihatkan, kalau boleh jangan bawa kanak-kanak kerana mereka golongan berisiko tinggi dan ibu-bapa kena jaga kepentingan anak mereka walaupun dipakaikan pelitup separuh muka.

“Tidak ada hukuman kerana tidak diwartakan yang kanak-kanak tidak boleh dibawa ke restoran dan pusat beli-belah tapi kerana anak-anak berisiko tinggi dengan jangkitan Covid-19, kita galakkan tidak bawa anak bersama-sama,” katanya pada sidang akhbar harian perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sini hari ini.

Tegasnya, kerajaan juga tidak menetapkan halangan untuk kanak-kanak beriadah di taman permainan dan pusat beriadah, namun perlu mematuhi jarakan sosial selain tidak berhimpit-himpit.

Ditanya sama ada panggung wayang sudah dibenarkan beroperasi, beliau berkata, perkara itu belum diputuskan oleh Mesyuarat Khas Menteri-menteri mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dalam pada itu Ismail berkata, peniaga dan penjaja pasar malam perlu berbincang dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk penjelasan lanjut berkaitan SOP pengoperasian sewaktu tempoh PKPP.

“Jika ada perkara yang menyusahkan mereka, persatuan diminta untuk berjumpa kembali dengan DBKL bagi membincangkan perkara-perkara yang mereka tidak setuju.

“DBKL boleh bawa perkara ini kepada mesyuarat khas menteri-menteri. Sekiranya boleh dipinda berdasarkan kehendak mereka, insya-ALLAH kerajaan pinda,” katanya.

Beliau berkata, demikian bagi mengulas mengenai nasib kira-kira 500 penjaja dan peniaga Pasar Malam Lorong Tuanku Abdul Rahman (TAR) yang dilapor memilih untuk menangguhkan dahulu pembukaan semula perniagaan mereka susulan SOP yang disifatkan terlalu ketat, termasuk jarakan sosial dan kawasan perniagaan.

Sementara itu Ismail Sabri berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat sebanyak 69,370 pemeriksaan di seluruh negara bagi memantau dan menguat kuasa pematuhan SOP PKPP dengan melibatkan seramai 16,712 anggota semalam.

Pada masa sama beliau berkata, PDRM telah menahan 61 individu atas kesalahan ingkar arahan PKPP.

“Daripada jumlah ini, sembilan individu telah direman dan 52 individu telah dikenakan kompaun.


"Antara kesalahan ingkar arahan PKPP termasuk aktiviti di pub dan kelab malam (44 individu), aktiviti refleksologi atau urut (empat) dan aktiviti yang menyukarkan jarakan sosial,” tambahnya. - Bernama


Subscribe to receive free email updates: