Marhaban Ya Ramadan! Tazkirah untuk sang penguasa

Marhaban Ya Ramadan! Tazkirah untuk sang penguasa - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Marhaban Ya Ramadan! Tazkirah untuk sang penguasa, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Marhaban Ya Ramadan! Tazkirah untuk sang penguasa
link : Marhaban Ya Ramadan! Tazkirah untuk sang penguasa

Baca juga


Marhaban Ya Ramadan! Tazkirah untuk sang penguasa

Salam Ramadan & Sejahtera buat semua petang Jumaat ini...
Pastinya hati dan jiwa ini keseronokan untuk mendakap kedatangan Ramadan. Ya sudah 12 bulan tidak ketemuan, rindu-rinduannya membara teramat sangat.
Namun, hati kecil ini memasang niat...
"Ya Allah Kau tunjukkanlah satu kelainan buatku pada Ramadan kali ini... Memang tabiat diri ini sentiasa inginkan mempelajari sesuatu yang baru... teringat pesanan lisan Nabi Junjungan, "Menyamakan dua hari itu sudah cukup kau tertipu."
Nah, apatah lagi 'menyamakan' Ramadan pada setiap tahun?
Tersentap seketika menekuni ayat-ayat Allah pagi Jumaat tadi dari Surah Al-Baqarah... seolah-olah membacanya buat pertama kali... bermula ayat2 As-Siyam (Puasa)...
"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa." (Surah Al-Baqarah: 183)
Sementara ayat di atas dan ayat-ayat berikut sudah lazim dibaca buat kesekian kalinya, Allah jadikan segala tumpuan mata-hati dan jiwa serta intelek ini kepada ayat 188 berikutnya. Tetiba persis baru diturunkan atau ditanzilkan Allah SWT buat pertama kali.
Ya, pada pagi Jumaat di ambang Ramadan ini, saya mengajak diri ini pertama-tamanya dan semua, untuk mengambil segala peringatan-penegasan dari Allah.
"Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu


Demikianlah Artikel Marhaban Ya Ramadan! Tazkirah untuk sang penguasa

Sekianlah artikel Marhaban Ya Ramadan! Tazkirah untuk sang penguasa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Marhaban Ya Ramadan! Tazkirah untuk sang penguasa dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/05/marhaban-ya-ramadan-tazkirah-untuk-sang.html
mengetahui (salahnya)." (Surah Al-Baqarah:188)
Ayat ini semacam menerjah seolah-olah buat pertama kalinya, tentang satu kemungkaran dan dosa yakni rasuah, salahguna kuasa, curi-rompak-songlap, yang mesti dibanteras dalam diri kita ini buat menjamin pencapaian 'At-Taqwa' sebagai matlamat berpuasa.
Sejujurnya, saya mengingatkan diri ini supaya tidak 'mempolitikkan' topik ini dengan menyebut perihal 1MDB, MARA, FGV, TH, Jabatan Air Sabah atau laporan Ketua Audit Negara. Saya cuba kekalkan menulis secara ilmiah dan objektif untuk berkongsi sedikit pencerahan.
Nah, kalaulah Tarbiyah Ramadan ingin mencapai maksud dan tujuan (Maqasid) ibadah ini sebenar-benarnya yakni At-Taqwa, maka perlu difahami dan dihayati secara iltizam-bersungguh, perihal prasyarat untuk menyempurnakan konsep 'at-Taubah' (taubat).
Ringkasnya perihal taubat dalam beberapa ayat Allah yang menunjuk kepada beberapa prasyarat.
Antara lain bagi taubat setelah berlaku perbuatan dosa, dalam konteks ini; kemungkaran dan gejala rasuah, salah guna kuasa serta pecah amanah, mestilah pertama-tamanya mempastikan:
i. Mengiktiraf ('iktiraf) perlakuan dan dosa yang dilakukan.
ii. Mesti ada unsur Islah atau penambahbaikan atau koreksi (Aslahu) dan;
iii. Membuktikan (Bayyanu) dan komitmen untuk meninggalkan kemungkaran dan dosa tersebut. Jangan diulang.
Ramadan wajar mendidik jiwa-jiwa ini untuk membanteras ketamakan (greed) dan sifat tidak amanah (dishonesty) dalam menjalani kehidupan khasnya dalam tadbir-urus negara dan pemerintahan.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :