Judul : MEMANG PATUT TUAN IBRAHIM MENEGUR PEMIMPIN BAWAHAN...
link : MEMANG PATUT TUAN IBRAHIM MENEGUR PEMIMPIN BAWAHAN...
MEMANG PATUT TUAN IBRAHIM MENEGUR PEMIMPIN BAWAHAN...
Selalunya, perbuatan itu didiamkan begitu saja.
Tetapi, Tuan Ibrahim Tuan Man yang kini memangku jawatan Presiden Pas berikutan Hadi Awang sedang menerima rawatan pemulihan kerana pembedahan injap jantung, telah melakukan sebaliknya dan bertindak terpuji susulan tulisan YDP Pas Gombak, Salehuddin Nasir yang dilihat tidak wajar sama-sekali berkaitan majlis berbuka puasa melibatkan pemimpin DAP.
Pemimpin Pas kawasan itu bukan saja menulis secara tidak wajar, melulu dan emosi, malah juga melakukan fitnah dengan mengaitkan DAP dengan pesta arak dan majlis onani yang sebenarnya bukan anjuran parti itu.
Membaca tulisannya itu pasti ramai yang geleng kepala kerana imej beliau sebagai pemimpin Islam yang selalu tampil berkopiah dan nampak sopan, sedangkan budak-budak rock atau orang biasa yang pakai topi pun tidak menulis seburuk itu bahasa dan tuduhannya kepada pihak lain.
Ketika pemimpin-pemimpin Pas lain masih berdiam diri dan "berat mulut" untuk menegur, Tuan Ibrahim dengan berani tampil menegur serta menasihati pimpinan bawahan atau sesiapa dalam parti itu agar menjaga tulisan mereka.
Demikianlah Artikel MEMANG PATUT TUAN IBRAHIM MENEGUR PEMIMPIN BAWAHAN...
Sekianlah artikel MEMANG PATUT TUAN IBRAHIM MENEGUR PEMIMPIN BAWAHAN... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel MEMANG PATUT TUAN IBRAHIM MENEGUR PEMIMPIN BAWAHAN... dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/05/memang-patut-tuan-ibrahim-menegur.html
UICTFontTextStyleBody;">
Jika diselak sejarah yang tidak terlalu lama, tindakan pemimpin Pas peringkat bawahan yang bertindak keterlaluan, emosi dan tidak menjaga adab, bukanlah sesuatu yang asing sebenarnya.
Malah, beliau juga menjarakkan diri dengan mengatakan tulisan sebegitu rupa tidak menepati dasar parti atau mewakili pendirian parti.
Sebelum ini, ada di antara mereka yang mengatakan Dr. Wan Azizah Wan Ismail, jika tidak menyokong usul Akta 355, kiranya meninggal dunia nanti, sudah layak dikebumi di jirat Cina.
Minggu lalu, seorang bekas pemimpin Pas yang mengetuai sebuah NGO telah mengadakan demonstrasi melarang Ketua Menteri Pulau Pinang menghadiri majlis berbuka puasa, kecuali jika memeluk Islam terlebih dahulu.
Dalam demonstrasi yang sama juga telah berlaku kejadian tampar yang melibatkan seorang pegawai kepada Lim Guan Eng.
Namun, jika diselak sejarah bertahun-tahun sejak kewujudan Pas, tindakan keterlaluan, tidak wajad dan emosi bukanlah sesuatu yang asing sebenarnya.
Read More / Baca Lagi >>