Judul : Rafizi cabar Khairy jawab soalan, bukan sibuk jual mimpi
link : Rafizi cabar Khairy jawab soalan, bukan sibuk jual mimpi
Rafizi cabar Khairy jawab soalan, bukan sibuk jual mimpi
Rafizi mendakwa, pertumbuhan KDNK era Najib lebih didorong pertambahan pekerjaan berkemahiran rendah dan bukannya produktiviti negara.
“Beliau tidak boleh terus mendiamkan diri mengelak soalan-soalan saya mengenai isu pekerjaan dan kos sara hidup.
“Saya masih menunggu jawapan Khairy Jamaluddin mengenai peluang berdialog dengan 300 pimpinan pembangkang dalam sesi TN50 untuk saya tanya soalan paling mudah – apa tindakan Datuk Seri Najib Razak untuk mengatasi masalah pertumbuhan ekonomi yang tidak sampai manfaatnya kepada rakyat?” soalnya.
Ahli Parlimen Pandan itu berkata, pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) merujuk kepada bagaimana ekonomi menghasilkan lebih banyak barangan dan perkhidmatan dan ia boleh dicapai melalui 2 cara, iaitu pertambahan pekerjaan atau produktiviti.
“…bukan semua pertumbuhan mengalirkan kebaikan ekonomi kepada rakyat. Ada yang dipusatkan di kalangan beberapa pihak, ada kerana lebih banyak pekerjaan bergaji murah yang diwujudkan.
“Oleh itu, walaupun saiz ekonomi dilihat semakin meningkat, tetapi ia turut
Demikianlah Artikel Rafizi cabar Khairy jawab soalan, bukan sibuk jual mimpi
Sekianlah artikel Rafizi cabar Khairy jawab soalan, bukan sibuk jual mimpi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Rafizi cabar Khairy jawab soalan, bukan sibuk jual mimpi dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/05/rafizi-cabar-khairy-jawab-soalan-bukan.html
dikongsi bersama lebih ramai orang yang kebanyakannya pekerja asing.”
Persekutuan Majikan Malaysia menganggarkan negara mempunyai kira-kira 6 juta pekerja asing berdaftar dan tidak berdaftar pada 2016.
Rafizi mengulas kenyataan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Seri Muhammad Ibrahim pada 19 Mei lalu, yang berkata pertumbuhan KDNK itu berpunca daripada permintaan domestik dan perbelanjaan swasta yang kukuh.
Muhammad dilaporkan berkata, permintaan domestik meningkat kepada 7.7% dan perbelanjaan swasta pula meningkat 8.2%, selain perbelanjaan sektor awam kian pulih.
Rafizi berkata, pertumbuhan KDNK negara jika didorong produktiviti, setiap pekerja akan mendapat imbuhan lebih besar kerana jumlah pekerja tidak perlu ditambah secara mendadak dan hasil ekonomi dikongsi dengan lebih adil.
Bagaimanapun katanya, kadar kenaikan imbuhan pekerja merosot daripada 5.3% pada 2011 kepada 3.8% pada 2015.
“Sebab itu pertumbuhan perlu diperhalusi sama ada ia hanya dipacu pertambahan pekerja yang dibayar gaji murah, atau daripada kerja bernilai tinggi dengan gaji lebih tinggi.”
Beliau membuat perbandingan antara pertumbuhan KDNK di bawah pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi yang lebih didorong produktiviti berbanding Najib (2011 hingga 2015) yang didorong pertambahan pekerjaan, berdasarkan Laporan Produktiviti Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).
Read More / Baca Lagi >>