Judul : EDRA POWER: BALA NOVEMBER?
link : EDRA POWER: BALA NOVEMBER?
EDRA POWER: BALA NOVEMBER?
INSTITUSI PELABURAN AWAM DAN DANA RAKYAT PERLU JAUHI PENYENARAIAN EDRA UNTUK TIDAK MENANGGUNG HUTANG 1MDB DUA KALI
Berita mengenai penyenaraian saham Edra Power Holdings Sdn Bhd dilaporkan oleh Bernama pada 2 Julai 2017 yang lalu. Berita itu tidak menarik sebarang reaksi dari pimpinan politik atau orang ramai, walaupun ia membawa kesan politik dan ekonomi yang mendalam.
Akibatnya, syarikat milik negara China itu kini menjadi penjana bebas kedua terbesar di negara ini.
Semasa penjualan aset-aset penjanaan elektrik itu kepada syarikat milik China, pentadbiran Dato’ Seri Najib memberi alasan harga yang ditawarkan oleh syarikat itu (sebanyak RM9.83 bilion) adalah lebih tinggi dari yang ditawarkan oleh pembida terdekat iaitu TNB (sekitar RM8.6 bilion). Atas dasar itu, 1MDB memperjudikan aset strategik negara atas alasan dana yang disuntik oleh syarikat China itu boleh mengurangkan hutangnya, berbanding yang ditawarkan oleh
Demikianlah Artikel EDRA POWER: BALA NOVEMBER?
Sekianlah artikel EDRA POWER: BALA NOVEMBER? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel EDRA POWER: BALA NOVEMBER? dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/07/edra-power-bala-november.html
TNB.
Read More / Baca Lagi >>
Sebab itu berita penyenaraian Edra untuk mengutip sehingga RM5 bilion dari pelabur di Bursa Malaysia ini adalah satu perkara yang perlu diberi perhatian serius.
Pertamanya, hutang-hutang yang perlu dibayar oleh 1MDB (sehingga menyebabkan aset-aset penjanaan terpaksa dijual) adalah berpunca dari pembelian aset-aset tersebut pada harga yang lebih tinggi dari pemilik asalnya (syarikat-syarikat yang rapat dengan Barisan Nasional).
Keduanya, wang yang diperolehi dari penerbitan hutang kononnya untuk menjalankan perniagaan 1MDB telah diselewengkan bagi tujuan pembelian harta peribadi dan berboros yang menyebabkan 1MDB tidak menjana apa-apa pulangan hingga hutant-hutangnya perlu ditanggung oleh pihak awam.
Oleh yang demikian, jika saham-saham yang bakal diterbitkan oleh Edra dilanggan pula oleh institusi pelaburan atau dana yang dimiliki oleh rakyat Malaysia, ini samalah seperti rakyat Malaysia menanggung hutang 1MDB dua kali:
1. Pertama – hutang pusingan pertama yang diambil oleh 1MDB dan telah diselewengkan
2. Kedua – rakyat Malaysia memberikan wang kepada pemilik Edra (China General Nuclear Power Corporation) untuk membayar kembali RM5 bilion yang telah dibayar oleh CGNPC kepada 1MDB
Maka, saya menyeru supaya institusi pelaburan awam dan dana awam terutamanya KWSP, Tabung Haji, KWAP, PERKESO, PNB, Khazanah, MARA dan semua pelaburan lain untuk memboikot dan menjauhi penyenaraian saham Edra untuk mengelakkan dana awam terjebak kali kedua di dalam skandal 1MDB.