Ezam tinggalkan Parti Generasi Baru

Ezam tinggalkan Parti Generasi Baru - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ezam tinggalkan Parti Generasi Baru, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ezam tinggalkan Parti Generasi Baru
link : Ezam tinggalkan Parti Generasi Baru

Baca juga


Ezam tinggalkan Parti Generasi Baru



Demikianlah Artikel Ezam tinggalkan Parti Generasi Baru

Sekianlah artikel Ezam tinggalkan Parti Generasi Baru kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ezam tinggalkan Parti Generasi Baru dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/07/ezam-tinggalkan-parti-generasi-baru.html
Mohamad Ezam Mohd NorSelepas menunggu dua bulan bagi mendapatkan kelulusan pertukaran nama dan perlembagaan Parti Generasi Baru kepada Parti Bebas Rasuah, bekas Presidennya, Datuk Ezam Mohd Nor meninggalkan parti berkenaan.
Ezam menerusi satu kenyataan berkata, beliau telah memaklumkan perkara itu kepada Setiausaha Agung Parti Generasi Baru, S Gobi Krishnan untuk tidak  melanjutkan cita-citanya kerana Pendaftar Pertubuhan (ROS) tidak memberi sebarang indikasi positif terhadap penukaran tersebut.
"Hasrat dan cita-cita untuk melihatkan wujudnya sebuah parti politik satu objektif (single objective party) di negara ini tidak kesampaian. Mungkin pentadiran kerajaan hari ini belum selesa dengan penubuhan sebuah parti khusus melawan rasuah wujud dan beroperasi di negara ini.
"Walaupun di beberapa negara maju dan membangun parti politik satu objektif lain dan khusus melawan rasuah adalah sesuatu yang tidak mustahil dan berlaku. Mungkin pentadbiran kerajaan baharu selepas tumbangnya kerajaaan kleptokrasi ini akan membenarkan penubuhan Parti Bebas Rasuah," katanya, hari ini.
Katanya, beliau akan terus berjuang dengan tumpuan khusus melawan rasuah melalui badan bukan kerajaan (NGO) Hisbah.
"Pertubuhan Hisbah adalah sebuah pertubuhan yang terdaftar secara sah di Malaysia sejak 2015 dan di Indonesia sejak 2013.
"Hisbah Malaysia sedang dalam draf akhir persiapan edisi Malaysia buku Islam dan Rasuah dengan tumpuan khusus kepada persoalan kleptokrasi ataupun Al Ghulul di dalam Islam selain persoalan risywah ( rasuah) didalam Islam," ujarnya.
Beliau turut menyatakan penghargaan kepada kepimpinan Parti Generasi Baru yang telah memberi ruang kepadanya mengetuai usaha mewujudkan sebuah parti bebas rasuah.
"Saya percaya kegagalan usaha ini tidak akan mematahkan semangat kita malah akan menguatkan iltizam untuk berjuang melawan rasuah didalam platform dan wadah yang pelbagai. Kami percaya perubahan paling kritikal negara ini ialah mengubah kepimpinan kleptokrasi atau al ghulul (mencuri wang negara)," katanya.

Subscribe to receive free email updates: