'Hanya orang bangang percaya saya arah DoJ' - Tun M

'Hanya orang bangang percaya saya arah DoJ' - Tun M - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 'Hanya orang bangang percaya saya arah DoJ' - Tun M, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'Hanya orang bangang percaya saya arah DoJ' - Tun M
link : 'Hanya orang bangang percaya saya arah DoJ' - Tun M

Baca juga


'Hanya orang bangang percaya saya arah DoJ' - Tun M



Demikianlah Artikel 'Hanya orang bangang percaya saya arah DoJ' - Tun M

Sekianlah artikel 'Hanya orang bangang percaya saya arah DoJ' - Tun M kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 'Hanya orang bangang percaya saya arah DoJ' - Tun M dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/07/hanya-orang-bangang-percaya-saya-arah.html


Malangnya saya sebagai bekas Perdana Menteri Malaysia yang tidak ada gigi tidak mempunyai apa-apa pengaruh, jauh sekali berkuasa mengarah mana-mana agensi Kerajaan Amerika Syarikat, bahkan agensi Kerajaan Malaysia pun.
Saya bangga kerana ada orang yang menyatakan saya boleh arah Department of Justice Amerika Syarikat membuat sesuatu. Jika saya dapat arah sebuah agensi Kerajaan Amerika Syarikat, lama sudah sipolan-sipolan ditangkap dan dituduh mencuri berbilion dolar Amerika. Dah lama sudah hukuman yang setimpal dikenakan kepada sipolan itu.
Mahathir Mohamad 3Malangnya saya sebagai bekas Perdana Menteri Malaysia yang tidak ada gigi tidak mempunyai apa-apa pengaruh, jauh sekali berkuasa mengarah mana-mana agensi Kerajaan Amerika Syarikat, bahkan agensi Kerajaan Malaysia pun.
Apa yang dilakukan oleh Department of Justice Amerika Syarikat ialah bertindak ke atas mereka yang terlibat dengan pembersihan wang haram di Negara Amerika, bukan di Malaysia.
Undang-undang berkenaan jenayah “money-laundering” di Amerika Syarikat amat ketat, tidak seperti di Malaysia, di mana Kerajaan berpuas hati jika 2.6 billion Ringgit yang ada dalam akaun pribadi Perdana Menteri dikatakan derma orang Arab.
Pengakuan pihak yang disoal bahawa ia tidak melakukan apa-apa kesalahan memadai untuk menghalalkan pemilikan wang yang begitu banyak.
Tuduhan yang dibuat oleh DoJ tepat dan terperinci termasuk berlian berwarna merah jambu yang diberi oleh Jho Low kepada isteri Malaysian Official 1 (Perdana Menteri mengikut pengakuan Pengarah Komunikasi Strategik BN, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri Abdul Rahman Dahlan), iaitu Rosmah Mansor.
Jho Low dan Riza Aziz sepatutnya pergi ke Amerika Syarikat untuk melawan tuduhan mencuri duit 1MDB. Tetapi mereka tidak berani. Pepatah Melayu berkata, “berani kerana benar, takut kerana salah.” Mereka bersembunyi di China dan Malaysia. Sekaligus ia menjadi pengakuan bahawa segala tuduhan DoJ adalah benar.
Seorang wanita cantik Australia, (Miranda Kerr) dan pelakon Leonardo DiCaprio sudah kembalikan hadiah yang diberi kepada mereka oleh Jho Low. Bila lagi Rosmah dan penerima-penerima rasuah di Malaysia akan kembalikan duit haram yang dicuri dari 1MDB, kepada rakyat Malaysia.
Tetapi mereka muka tebal, tak tahu malu. Bila dituduh mencuri, mereka semua, Najib dan pemimpin-pemimpin Umno, hanya senyum.
Oleh itu tuduhlah saya, seorang yang tidak berkuasa, telah arah kuasa besar Amerika Syarikat membuat laporan palsu terhadap Najib, sahabat Obama dan rakan golfnya, Trump.
Hanya orang yang bangang sahaja yang akan percaya. Berkesan sungguh dedak yang di masuk ke dalam telinga, mata dan mulut oleh Najib, raja wang tunai.

Subscribe to receive free email updates: