AMANAT HADI BOLEH CETUSKAN LEBIH BANYAK ‘MEMALI’, KATA RAHIM NOOR

AMANAT HADI BOLEH CETUSKAN LEBIH BANYAK ‘MEMALI’, KATA RAHIM NOOR - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul AMANAT HADI BOLEH CETUSKAN LEBIH BANYAK ‘MEMALI’, KATA RAHIM NOOR, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : AMANAT HADI BOLEH CETUSKAN LEBIH BANYAK ‘MEMALI’, KATA RAHIM NOOR
link : AMANAT HADI BOLEH CETUSKAN LEBIH BANYAK ‘MEMALI’, KATA RAHIM NOOR

Baca juga


AMANAT HADI BOLEH CETUSKAN LEBIH BANYAK ‘MEMALI’, KATA RAHIM NOOR



Demikianlah Artikel AMANAT HADI BOLEH CETUSKAN LEBIH BANYAK ‘MEMALI’, KATA RAHIM NOOR

Sekianlah artikel AMANAT HADI BOLEH CETUSKAN LEBIH BANYAK ‘MEMALI’, KATA RAHIM NOOR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel AMANAT HADI BOLEH CETUSKAN LEBIH BANYAK ‘MEMALI’, KATA RAHIM NOOR dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/08/amanat-hadi-boleh-cetuskan-lebih-banyak.html

MALAYSIA bernasib baik kejadian di Memali tidak berulang atau merebak di tempat-tempat lain kerana ucapan Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang dikenali sebagai Amanat Hadi sudah mempengaruhi banyak orang pada ketika itu, kata bekas ketua polis negara Abdul Rahim Noor.
Katanya, Amanat Hadi itu bukan saja mempengaruhi guru agama Ibrahim Mahmud atau Ibrahim Libya tetapi banyak lagi pemuda parti Islam itu.
“Dia (Hadi) menghasut apabila dia kata kalau kita terkorban dalam perjuangan melawan Umno sebagai sebuah parti yang mengamalkan dasar-dasar penjajah, mati kita mati syahid.
“Alhamdulillah, yang berlaku hanya Ibrahim Libya. Kalau meletup sana-sini, Ibrahim Libya Johor, Ibrahim Libya Pulau Pinang dan tempat-tempat lain, habis negara kita, habis polis.
“Nasib baik ada satu saja Ibrahim Libya, kerana Amanat Hadi ini terlalu keras dan menghasut,” kata Rahim dalam satu wawancara bersama The Malaysian Insight.
Rahim sebelum ini mengatakan siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ke atas peristiwa Memali hanya akan mendedahkan peranan Hadi sebagai punca tragedi yang membunuh 18 nyawa itu.
Kenyataannya itu dibidas oleh Naib Presiden PAS, Idris Ahmad yang meminta Rahim tutup mulut daripada sibuk mencampuri urusan politik dan bercakap soal keselamatan negara kerana bekas ketua polis negara itu malah gagal mengawal keselamatan di balainya sendiri.
Idris merujuk kepada penglibatan Rahim dalam kes mata lebam Anwar Ibrahim pada September 1998. Rahim bagaimanapun menjawab beliau hanya menyatakan fakta dan bukannya hendak campur tangan soal politik.
Amanat Hadi merupakan petikan ucapan presiden PAS itu dalam ceramah di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981 yang dipegang ahli PAS di seluruh negara pada ketika itu.
Ucapan itu dianggap titik penting dalam politik orang Melayu pada dekad 1980-an yang menyaksikan perpecahan terburuk orang Melayu sehingga melibatkan tuduhan kafir-mengkafir, sembahyang dua imam dan pulau-memulau dalam kegiatan masyarakat termasuk urusan jenazah.
Semasa peristiwa Memali pada 19 November, 1985, Rahim merupakan ketua polis Selangor. Beberapa bulan kemudian beliau dilantik sebagai ketua polis Sabah pada 1986 dan pada tahun yang sama, dipindahkan ke Bukit Aman sebagai Pengarah Cawangan Khas.
Selepas menjadi pengarah cawangan khas, antara fail awal beliau semak ialah peristiwa Memali yang berlaku “tiga, empat bulan sebelumnya” kerana ketika itu insiden terbabit masih lagi panas.
Rahim turut diberikan taklimat oleh timbalan pengarah Cawangan Khas yang memantau gerakan radikal Islam di Malaysia pada ketika itu.
Rahim berkata selain Ibrahim Libya, ada tiga orang lagi anggota sayap Pemuda PAS yang terpengaruh dengan Amanat Hadi.
“Saya tak mahu sebut nama sebab nanti orang marah. Mereka ini mempunyai kecenderungan terpengaruh juga.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: