KUALA LUMPUR - Pas kekal dengan pendirian tidak akan mengadakan sebarang bekerjasama politik dengan PKR, khususnya dalam menghadapi PRU14.
Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas, Datuk Khairuddin Aman Razali berkata, tindakan itu selaras dengan keputusan dan strategi parti itu yang telah ditetapkan oleh Majlis Syura Ulamak pada Mei lalu.
Menurutnya, kenyataan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bahawa parti itu bersedia membuka pintu untuk berunding bersama Pas dianggap sebagai satu usahanya sahaja.
Mohd Khairuddin Aman Razali "Kita masih tetap dengan strategi kita. Kecuali apabila beliau (Mohamed Azmin) keluar PKR dan sertai Pas, barulah kita boleh bincang dan bekerjasama," katanya pada sidang media selepas program Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden Peringkat Wilayah Persekutuan, di sini hari ini.
Baru-baru ini, Mohamed Azmin dilaporkan berkata, masih belum