PRU14: Orang Melayu mesti undi parti pembela Islam, kata Hadi Awang

PRU14: Orang Melayu mesti undi parti pembela Islam, kata Hadi Awang - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PRU14: Orang Melayu mesti undi parti pembela Islam, kata Hadi Awang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PRU14: Orang Melayu mesti undi parti pembela Islam, kata Hadi Awang
link : PRU14: Orang Melayu mesti undi parti pembela Islam, kata Hadi Awang

Baca juga


PRU14: Orang Melayu mesti undi parti pembela Islam, kata Hadi Awang

ORANG Melayu mesti memilih parti politik yang benar-benar serius mempertahankan Islam dalam pilihan raya umum akan datang kerana mulianya orang Melayu itu bukan kerana ia Melayu tetapi “kerana bersama-sama Islam,” kata Presiden PAS Abdul Hadi Awang.
Katanya, Islam akan dapat memimpin masyarakat yang majmuk seperti Malaysia dengan adil dan saksama kerana urusan pemerintahan juga diperhitungkan dalam agama sebagai ibadah serta ada dosa dan pahala.
“Maka sokonglah parti yang benar-benar serius mempertahankan Islam dengan segala halangan dan rintangan, moga-moga rakyat selamat dan sejahtera bersama Islam,” katanya dalam satu wawancara dengan akhbar BH Ahad.
Hadi ditanya tentang dilema orang Melayu sama ada memilih gabungan parti dominan Melayu Islam iaitu Umno dan PAS atau gabungan pembangkang yang kata akhbar itu dikuasai dan dipandu oleh DAP.
Dalam wawancara itu, Hadi turut ditanya tentang kerjasama antara PAS dan Umno serta kedudukan parti Islam itu selepas ia bersendirian setelah tidak lagi bersama dengan pakatan pembangkang.
Menurut Hadi, hubungan PAS dengan Umno tidak lebih daripada kerjasama dalam perkara kebaikan dan keutamaan rakyat.
“PAS tidak akan masuk Umno, itu jelas. Dalam politik, kita tidak ulang strategi lama,” katanya, dipercayai merujuk kepada sejarah


Demikianlah Artikel PRU14: Orang Melayu mesti undi parti pembela Islam, kata Hadi Awang

Sekianlah artikel PRU14: Orang Melayu mesti undi parti pembela Islam, kata Hadi Awang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PRU14: Orang Melayu mesti undi parti pembela Islam, kata Hadi Awang dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/08/pru14-orang-melayu-mesti-undi-parti.html
kerjasama dua parti orang Melayu itu pada tahun 1970-an.
Katanya, benda baik yang dibuat oleh Umno, PAS akan sokong dan beri kerjasama seperti pindaan ke atas Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau RUU355 dan pembelaan ke atas etnik Rohingya.
Tetapi katanya, benda salah yang Umno buat PAS tentang dan tidak bersetuju seperti Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), cukai barang dan perkhidmatan (GST), Program Dwibahasa (DLP) di sekolah dan pindaan ke atas Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraiaan) 1976.
“Pendirian saya sama dengan pendirian PAS dan Majlis Syura Ulama. Bekerjasama atas konsep taawun (penyatuan atau kerjasama) dalam perkara kebaikan bukan perkara kejahatan,” katanya.
Jelas Hadi, hala tuju PAS dalam suasana politik negara hari ini adalah mengajak rakyat menyelamatkan negara bersama Islam.
Katanya, PAS bukan seperti parti politik lain yang “bersedia menjadi khadam kepada sesiapa termasuk musuh Islam” untuk menang pilihan raya dan jadi kerajaan di Putrajaya.
“PAS mahu ke Putrajaya dengan Islam menjadi asas penyelesaian segala masalah yang berlaku,” katanya.
Hadi juga mengatakan PAS tidak hilang hala tuju walaupun tidak lagi bersama pakatan pembangkang malah parti Islam itu semakin kuat dan sudah meluaskan pengaruhnya.
Katanya, kekuatan PAS tidak boleh diukur dengan keputusan pilihan raya semata-mata tetapi juga ahlinya yang bertambah. PAS kini katanya lebih mudah didekati dan disenangi oleh penjawat awam, badan masyarakat, agensi kerajaan dan tokoh masyarakat.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :