Rizal sindir Rafizi lagi, bayar gaji pekerja Invoke awal sebulan

Rizal sindir Rafizi lagi, bayar gaji pekerja Invoke awal sebulan - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rizal sindir Rafizi lagi, bayar gaji pekerja Invoke awal sebulan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rizal sindir Rafizi lagi, bayar gaji pekerja Invoke awal sebulan
link : Rizal sindir Rafizi lagi, bayar gaji pekerja Invoke awal sebulan

Baca juga


Rizal sindir Rafizi lagi, bayar gaji pekerja Invoke awal sebulan



Demikianlah Artikel Rizal sindir Rafizi lagi, bayar gaji pekerja Invoke awal sebulan

Sekianlah artikel Rizal sindir Rafizi lagi, bayar gaji pekerja Invoke awal sebulan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rizal sindir Rafizi lagi, bayar gaji pekerja Invoke awal sebulan dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/09/rizal-sindir-rafizi-lagi-bayar-gaji.html
Rizal Mansor berkata, dokumen yang ditunjukkan Rafizi Ramli semalam memakan dirinya kerana ia membuktikan pengasas Invoke itu penipu.
Rizal-Mansor_rafizi-ramli_600
PETALING JAYA: Walaupun berdepan risiko disaman, Pegawai Khas Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor terus menyerang Rafizi Ramli hari ini dengan menyifatkan naib presiden PKR itu memalukan diri melalui pendedahan dokumen bayaran gaji kakitangan pusat kaji selidiknya, Invoke yang tidak masuk akal.
Sindiran itu dibuat Rizal dengan menunjukkan “ketidakcerdikan” Rafizi melalui pembayaran gaji yang dibuat awal sebulan.
“Semalam Rafizi ada buat sidang media dan menunjukkan segala dokumen (aliran kewangan Invoke yang dibayar melalui KEIP Resources Sdn Bhd). Satu dokumen yang ditunjukkan di mana tarikh invois pada 22 Oktober, tetapi semalam baru 28 September dan bayaran gaji bulan Oktober dibuat pada 11 September.
“Sangat tidak masuk akal, biasanya gaji dibayar pada bulan sama. Ini bulan baru masuk, gaji dah siap bayar. Memang hebat Rafizi ini.
“Hebatkan Rafizi, ini baru 11 September dah bayar gaji Oktober, dahsyat tak kerja seorang akauntan bertauliah. Yang buat baucer Rafizi, disemak Rafizi dan disahkan akauntan yang juga nama Rafizi dan diaudit oleh YB Rafizi Ramli.
“Bagi saya, orang ini kalau dia nak menipu, dia akan makan diri. Menerusi dokumen yang ditunjukkan Rafizi semalam, Rafizi mengesahkan dia seorang penipu,” sindirnya ketika dihubungi FMT merujuk dokumen didedahkan Rafizi semalam.
Semalam, Rafizi menafikan tuduhan kononnya beliau tidak jujur dan mencuri wang rakyat melalui badan kaji selidik Invoke yang diasaskannya.
“Saya tidak mendapat satu sen pun manfaat kewangan dari Invoke atau syarikat lain yang saya miliki yang ada urus niaga dengan Invoke (seperti KEIP Resources Sdn Bhd).
“Saya tidak dibayar gaji, saya tidak membuat sebarang tuntutan perbelanjaan, perbelanjaan atau elaun hatta satu sen pun dari Invoke dan KEIP Resources Sdn Bhd,” kata Rafizi pada Khamis.
Mengulas lanjut, Rizal berkata, beliau menghormati hak Rafizi dan sedia berdepan kemungkinan disaman ahli Parlimen Pandan itu.
“Saya menghormati hak dia (sebagai) rakyat Malaysia. Saya terbuka, kalau dia rasa itu yang terbaik, silakan. Saya tiada hak nak halang,” katanya.
Sebelum ini, Rizal mempertikaikan bagaimana Invoke menggunakan sumbangan orang ramai, khasnya bayaran kepada sebuah syarikat pembekal tenaga kerja kepada badan kaji selidik itu, KEIP Resources Sdn Bhd.
Pegawai khas Najib itu mendakwa carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia menunjukkan Rafizi ialah pemegang saham utama syarikat itu.

Subscribe to receive free email updates: