Tak perlu ‘tension’ Mat Sabu bertanding di Selangor, kata Amanah

Tak perlu ‘tension’ Mat Sabu bertanding di Selangor, kata Amanah - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tak perlu ‘tension’ Mat Sabu bertanding di Selangor, kata Amanah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tak perlu ‘tension’ Mat Sabu bertanding di Selangor, kata Amanah
link : Tak perlu ‘tension’ Mat Sabu bertanding di Selangor, kata Amanah

Baca juga


Tak perlu ‘tension’ Mat Sabu bertanding di Selangor, kata Amanah



Demikianlah Artikel Tak perlu ‘tension’ Mat Sabu bertanding di Selangor, kata Amanah

Sekianlah artikel Tak perlu ‘tension’ Mat Sabu bertanding di Selangor, kata Amanah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tak perlu ‘tension’ Mat Sabu bertanding di Selangor, kata Amanah dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/09/tak-perlu-tension-mat-sabu-bertanding.html
Ia selepas Umno Selangor menyifatkan presiden Amanah itu membawa budaya yang tidak sesuai dengan negeri itu.
matsabu_amananh_new
PETALING JAYA: Amanah mempersoalkan musuh politiknya mengenai cadangan meletakkan Mohamad Sabu sebagai calon di Selangor, sambil berkata pemimpin veteran itu sesuai bukan sahaja kerana pengorbanannya tetapi juga kerana sudah lama menjadi rakyat negeri itu.
“Ramai tidak tahu bahawa Mat Sabu ini warga Selangor selama hampir 30 tahun. Beliau dan keluarga menetap di Seksyen 19, Shah Alam sejak 1988,” kata Pengerusi Amanah Selangor, Izham Hashim.
“Dari segala segi, Bang Mat layak bertanding di Selangor. Kalangan yang tension apabila Mat Sabu bertanding di Selangor tu kenapa ya?” soalnya, merujuk panggilan popular presiden Amanah itu.
Awal bulan ini, Izham ketika berucap pada Konvensyen Amanah Selangor mencadangkan Mat Sabu sebagai calon di negeri itu.
Bagaimanapun, ia dipersoalkan Umno Selangor, yang mendakwa Mat Sabu bukan pemimpin yang sesuai dengan “budaya orang Selangor”.
“Jika kita lihat latar belakang Mat Sabu, dia tidak sesuai untuk rakyat di Selangor dan tidak sesuai untuk dijadikan modal untuk masyarakat,” kata Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan, di sebalik spekulasi Mat Sabu bakal menjadi calon DUN Selangor.
Mat Sabu yang terkenal dengan kelantangannya di Dewan Rakyat, pernah mewakili 3 kawasan Parlimen iaitu Nilam Puri, Kubang Kerian dan Kuala Kedah.
Beliau bagaimanapun gagal mempertahankan kerusinya pada 2004 dan kalah dalam PRU 2008 dan 2013, di Kuala Terengganu dan Pendang.
Semalam, bekas timbalan presiden PAS itu berkata beliau yakin menang di mana-mana kerusi termasuk di Pekan, kerusi yang disandang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Tokoh politik kelahiran Pulau Pinang itu turut menolak hujah beliau bukan anak jati Selangor.
“Kebanyakan orang luar dari Selangor datang ke negeri ini untuk bekerja dan menetap di sini. Terdapat pemimpin yang bukan anak jati Selangor.
“Tetapi mereka ini dipilih rakyat dalam pilihan raya lepas seperti Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad yang berasal dari Johor, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pula berasal dari Melaka,” katanya.
Sementara itu, Izham berkata Mat Sabu terkenal dengan sifat mesra dan periang serta mudah didekati, dan ini katanya terserlah sekali lagi apabila beliau meraikan Tun Dr Mahathir Mohamad di rumahnya di Seksyen 19, Shah Alam, Rabu lepas.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: