Judul : SPRM tidak paksa parti politik hantar senarai calon untuk disaring - Dzulkifli Ahmad
link : SPRM tidak paksa parti politik hantar senarai calon untuk disaring - Dzulkifli Ahmad
SPRM tidak paksa parti politik hantar senarai calon untuk disaring - Dzulkifli Ahmad
Demikianlah Artikel SPRM tidak paksa parti politik hantar senarai calon untuk disaring - Dzulkifli Ahmad
Sekianlah artikel SPRM tidak paksa parti politik hantar senarai calon untuk disaring - Dzulkifli Ahmad kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel SPRM tidak paksa parti politik hantar senarai calon untuk disaring - Dzulkifli Ahmad dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/09/sprm-tidak-paksa-parti-politik-hantar.html
Tiada paksaan kepada parti-parti politik yang enggan melakukannya. Itu adalah komitmen sesebuah parti untuk menghantar nama bakal calon untuk saringan bebas rasuah dan salah guna kuasa supaya pemimpin yang dipilih oleh rakyat kelak adalah bersih,” katanya.
Bercakap kepada pemberita selepas mengetuai Konvoi Program Kembara Jelajah Anti Rasuah sempena sambutan Jubli Emas SPRM di sini hari ini, Dzulkifli berkata saringan bebas rasuah dan salah guna kuasa merupakan satu proses pertama sebelum seseorang individu itu bertanding atau dipilih sebagai calon.
SPRM baru-baru ini, dilapor mempelawa parti-parti politik yang bercadang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 supaya menyerahkan senarai nama bakal calon kepada suruhanjaya itu untuk disaring, dan setakat ini hanya Barisan Nasional (BN) menyerahkan senarai nama cadangan calon untuk saringan.
Sementara itu, Dzulkifli tetap menegaskan bahawa tiada keperluan untuk menubuhkan Jabatan Integriti dan Tadbir Urus Negara (JITN) yang dilihat mempunyai skop kerja dan tanggungjawab yang sama dengan agensi-agensi sedia ada.
“Penubuhan JITN ini akan menjadi satu pembaziran bajet kerana skop kerjanya sudah dilakukan oleh agensi-agensi yang sedia ada dan ia akan mengganggu gugat peranan yang dimainkan SPRM,” katanyaBeliau berkata selain SPRM, negara juga mempunyai Institut Integriti Malaysia, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan hari ini mempertahankan penubuhan JITN sebagai usaha untuk menerajui transformasi perubahan bagi membina kapasiti institusi terutamanya dalam kalangan penjawat awam.