Judul : Adakah Bajet Kleptokrasi cukup manis untuk BN menang PRU14?
link : Adakah Bajet Kleptokrasi cukup manis untuk BN menang PRU14?
Adakah Bajet Kleptokrasi cukup manis untuk BN menang PRU14?
Demikianlah Artikel Adakah Bajet Kleptokrasi cukup manis untuk BN menang PRU14?
Sekianlah artikel Adakah Bajet Kleptokrasi cukup manis untuk BN menang PRU14? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Adakah Bajet Kleptokrasi cukup manis untuk BN menang PRU14? dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/10/adakah-bajet-kleptokrasi-cukup-manis.html
Pembentangan Bajet 2018 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Jumaat lalu di Dewan Rakyat jelas dilihat hanya 'gula-gula' terutama kepada penjawat awam dan orang kampung menjelang Pilihan Raya Umum ke-14.
Ini adalah kerana Najib tahu bahawa sokongan daripada golongan ini sudah berkurangan dan tindakan terdesak dilakukan dengan mengumumkan pelbagai inisiatif demi mengekalkan kuasa.
Antaranya, menteri kewangan itu telah mengumumkan bayaran khas 'one-off' sebanyak RM1500 kepada semua penjawat awam, ketua kampung, tok batin, imam, bilal, guru KAFA, guru takmir , tok siak juga pesara kerajaan.
Namun, adakah 'gula-gula' itu sudah begitu manis untuk memangkah Barisan Nasional pada PRU14?
Rakyat, terutama mereka yang disenaraikan untuk mendapat bayaran khas ini jangan tertipu kerana semua janji bayaran khas yang diumumkan oleh Najib tersebut, bukan semuanya diperuntukkan di dalam belanjawan 2018.
Lebih malang lagi, Najib hanya mengumumkan sahaja tanpa belum mengira kos sebenar. Jadi, adakah kita boleh yakin Najib akan laksanakan janji beliau?
Saya yakin, rakyat Malaysia tidak mudah untuk terpedaya dengan 'pemanis' yang diberikan dalam 'Ibu segala bajet' kerana saya percaya mereka masih lagi rasa terbeban dengan kos hidup yang masih tinggi selain cukai barangan dan perkhidmatan (GST) masih dikekalkan.
Najib turut cuba mengambil hati rakyat Sabah dan Sarawak dengan mengumumkan peruntukan yang tinggi iaitu sebanyak lebih RM 6.8 bilion bagi kemajuan dan kesejahteraan penduduk luar bandar di sana.
Ia termasuk membaik pulih sekolah-sekolah daif melalui Sistem Bangunan Berindustri (IBS), projek Lebuhraya Pan-Borneo, infrastruktur komunikasi serta kemudahan jalur lebar, projek pembangunan jalan luar bandar, projek bekalan elektrik dan air bersih, serta lain-lain lagi.
Semua peruntukan untuk projek-projek yang disalurkan itu merupakan masalah utama di Sabah dan Sarawak tetapi rakyat di sana masih belum dapat diyakinkan lagi kerana sejak bertahun lamanya, kerajaan Umno BN telah menjanjikan perkara sama namun sehingga hari ini rakyat Sabah dan Sarawak masih hidup dalam keadaan serba kekurangan.Sebagai contoh, terdapat banyak lagi kampung seperti kampung Selaping, Kota Marudu, Sabah yang masih hidup dalam keadaan daif tiada jalan raya apabila anak-anak kecil terpaksa menggadai nyawa menggunakan jambatan usang yang diperbuat daripada kayu dan yang berlubang untuk ke sekolah.
Jalan raya pun tidak mampu untuk diberikan sejak dahulu, bagaimana pula dengan lebuh raya Pan Borneo sepanjang 2000 km yang kononnya setanding lebuh raya negara maju?
Perkara ini sangat menyedihkan dan setiap kali belanjawan mereka ternanti-nanti dan mengharapkan ada perubahan dan sinar kesenangan. Namun sehingga sekarang mereka masih hidup dalam kesengsaraan.
Tidak perlu untuk kerajaan Umno BN berjanji tinggi melangit kalau tidak boleh melaksanakannya. Jangan beri mereka ini janji-janji kosong yang tidak dapat ditunaikan.
Saya percaya segala janji-janji manis yang diberikan ini akan menjadi hamis selepas pilihanraya.
Saya ingin tegaskan di sini, tidak kira berapa banyak peruntukan yang diberikan dan dijanjikan kepada rakyat, apa yang penting mestilah ditunaikan.
Saya juga ingin mengesa pihak kerajaan telus dalam pembelanjaan dan sentiasa memantau setiap pembelanjaan yang diperuntukan dalam bajet 2018 ini, agar ia tidak berlaku ketirisan dan disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab seperti yang pernah berlaku sebelum-sebelum ini.
SAIFUL IZHAM RAMLI